SOALAN: Saya seorang wanita bekerja dan sering berada di luar rumah. Saya sering melakukan solat di pejabat, di masjid atau di musola. Apakah perlu saya memakai telekung untuk bersolat sedangkan saya memakai pakaian yang menutup aurat, berstoking dan bersarung tangan?
JAWAPAN: Jika aurat seluruhnya ditutup dengan memakai stoking dan bersarung tangan, solatnya sah insya-Allah.