bila rindu menyentuh
bayangan blok-blok kuarters
memanggil-manggil
kuarters blok lapan
bangunan empat tingkat
setiap tingkat 25 bilik keluarga
satu dewan, satu bilik tidor, satu beranda
bayangkanlah
punya keluarga besar
kecoh riuh rendah
biar sempit tidak mengeluh
mengimbas memori lalu
senyum mengenang sesuatu
tandas bukan di dalam rumah
tandas lelaki dan perempuan berasingan
empat bilik mandi dan empat bilik buang hajat
bangun pagi
beratur ikut peraturan
tunaikan keperluan
waktu petang juga serupa
menjelang maghrib berduyun-duyun
perlu beratur mengambil wuduk
dirikan rukun Islam kedua
dalam ingatan terpandang foto klasik
di setiap tingkat ada satu bilik khas
untuk menampung 25 keluarga
di situ memasak, mencuci pinggan mangkuk, periuk belanga
jenguk apa masakan jiran sebelah
tanya masak apa
kurang garam, gula, asam
sapa saja jiran sebelah
tidak lokek untuk memberi
tidak akan berkurangan rezeki yang ada