SETELAH kelas secara fizikal dibatalkan akibat penularan koronavirus Covid-19, Cik Faridah Ahmad Sha mengalu-alukan usaha mengalihkan kelas menggunakan wadah lain, khususnya dalam talian.
Cik Faridah berkata, semakin meningkat umur, semakin beliau berasa pentingnya mempelajari semula ilmu asas agama. Oleh itu, beliau melahirkan perasaan syukur dan gembira ketika mendapat tahu Pusat Pendidikan Andalus akan menyediakan wadah dalam talian bagi pelajar posmenengah.