Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Keluaran Khas Maulidur Rasul SAW 1443H

TAA teruskan Kempen Amal Sinaran Hati

taa
Oct 22, 2021 | 05:30 AM



TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)



WALAUPUN acara Sinaran Hati di TV ditiadakan buat tahun kedua, Kempen Amal Sinaran Hati tetap diteruskan oleh Tabung Amal Aidilfitri (TAA).



Kempen selama dua bulan dari Oktober hingga November ini lebih banyak bergantung kepada derma dari masyarakat melalui saluran PayNow, Giving.SG dan pemindahan bank atau bank transfer.



Selain itu, TAA juga mengedarkan surat rayuan yang dihantar kepada badan-badan korporat bagi memohon derma langsung kepada TAA.



Antara bulan Mei hingga Julai 2021 lalu, TAA telah mengagihkan $1.86 juta berbanding $1.5 juta pada tahun 2020. Ini merupakan kenaikan 25 peratus lebihan habuan yang perlu diagihkan kepada warga yang memerlukan.



Jumlah penerima juga mencatatkan peningkatan, dengan 3,600 penerima baru TAA menerima bantuan tahun ini.



Setiap penerima bantuan juga memperolehi jumlah dana bantuan yang lebih tinggi, berbanding tahun sebelumnya.



Antara penerima bantuan termasuk golongan yang kurang kemampuan, fakir dan miskin. Selain itu, golongan penerima bantuan juga terdiri daripada mereka yang menghidap penyakit kronik seperti penyakit ginjal, jantung, strok, kanser, dan mereka yang kurang upaya.



Misi TAA adalah untuk menyediakan wadah kepada orang ramai untuk menghulurkan bantuan.



TAA juga memastikan status penerima bantuan ini diperiksa dengan teliti demi memastikan kesahihannya.



TAA turut mengadakan kerjasama dengan Mediacorp Radio Warna 94.2 dan platform digital Berita Harian untuk menyampaikan mesej Kempen Amal Sinaran Hati.



Bagi memberi sokongan derma, anda boleh menggunakan cara-cara yang diketengahkan melalui lelaman rasmi TAA iaitu www.TAA.sg.



Anda juga boleh menderma melalui aplikasi PayNow dengan menggunakan nombor berikut iaitu, UEN: T06CC1974E.



Selain itu, usaha menderma boleh dilakukan melalui kad kredit di laman www.giving.sg/TAA.



Orang ramai juga boleh memberikan derma melalui cek atas nama 'TAA Trust Fund' dengan beralamatkan 845, Geylang Road #04-16, Tanjong Katong Complex Singapore 400845.



Untuk menderma melalui pemindahan wang pula, anda boleh membuat transaksi ke akaun bank DBS menerusi nombor 027-015127-2.



Derma $50 dan ke atas boleh mendapat potongan cukai 250 peratus dengan kiriman NRIC/ FIN/ UEN anda kepada TAA di info@taa.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >