Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tabah harungi kemurungan demi jaga suami

Terima bantuan bulanan dari Muis tapi masih rasa kesempitan
May 27, 2021 | 05:30 AM



DIDIAGNOS dengan kemurungan, dan pada masa yang sama perlu menjadi penjaga sepenuh masa bagi suaminya yang terlantar di katil, Cik Norlindah Roslan, 35 tahun, perlu memikul semua tanggungjawab itu seorang diri.



Oleh kerana beliau perlu memantau keadaan suaminya hampir 24 jam, Cik Norlindah terpaksa berhenti bekerja sebagai penghantar makanan GrabFood tahun lalu.



Kini, beliau menjalani kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, dan hanya bergantung kepada wang bantuan yang dihulurkan masyarakat.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Cik Norlindah berkata:



"Ia bukanlah mudah... kadangkala apabila saya duduk seorang diri di luar rumah, saya meraung sekuat-kuat hati kenapa semua jadi begini."



Beliau kini menetap di rumah sewa satu bilik bersama suaminya, Encik Omar Anoor, 52 tahun, yang sebelum ini merupakan pencari nafkah tunggal dan memikul dua pekerjaan sebagai pekerja pembersihan dan penghantar makanan GrabFood.



Menurut Cik Norlindah, ketika beliau mengikuti suaminya menghantar makanan dua tahun lalu dengan menaiki alat mobiliti peribadi (PMD), seorang pejalan kaki telah memukul tengkuk dan dada suaminya kerana berpendapat suami Cik Norlindah menunggang dengan laju.



Encik Omar, yang mempunyai sejarah terkena serangan jantung beberapa kali, memilih untuk tidak menghiraukan kejadian itu dan tidak mendapatkan bantuan perubatan.



Beberapa hari kemudian, ketika sedang menghantar makanan, Encik Omar rebah dan dikejarkan ke hospital.



Malangnya, Encik Omar mengalami kerosakan otak dan mengalami darah beku kerana tidak cukup oksigen sampai ke otaknya.



Sejak itu, Encik Omar berada dalam keadaan terlantar dan Cik Norlindah perlu mengurus suaminya termasuk menukar lampin, memberi makan, memandikan dan menemaninya ulang-alik hospital.



Cik Norlindah akui beliau pernah melakukan pekerjaan GrabFood bagi menyara kehidupan mereka berdua tetapi kerana risau akan keadaan suaminya, beliau memutuskan untuk berhenti.



"Sudah beberapa kali ia berlaku di mana apabila saya keluar bekerja dan pulang ke rumah, saya dapati perkara tidak diingini berlaku kepada suami saya, contohnya, mukanya tertutup dengan bantal, tiub makanannya terputus... kadangkala beliau perlu bantuan pernafasan dan saya perlu memasangkan alat saluran oksigen," katanya yang tidak dapat menahan sebak.



Buat masa ini, Cik Norlindah berkata beliau menerima bantuan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebanyak $240 sebulan, serta bantuan pekerja sosial perubatan. Namun, ia masih tidak cukup untuk menampung kos kehidupan seperti membayar bil, serta barang keperluan perubatan.



Dalam menjaga suaminya, Cik Norlindah perlu membeli barang perubatan seperti ubat bagi kencing manis serta kain kasa bagi kudis di badan suaminya akibat terbaring di katil buat masa yang lama.



Di samping menjalani ujian ini, Cik Norlindah masih lagi melawan kemurungannya yang dialami sejak sedekad lalu.



Beliau perlu berjumpa doktor di Institut Kesihatan Mental (IMH) setiap bulan dan mengambil ubat demi mengawal keadaan kesihatan mentalnya.



Biarpun begitu, Cik Norlindah tetap kekalkan semangatnya untuk meneruskan kehidupan.



Kadangkala beliau khuatir orang ramai berpendapat beliau menagih simpati tetapi beliau berkata sukar untuk menjelaskan ujian yang perlu ditanggungnya selama ini.



"Kadang-kadang kalau saya sakit atau demam, saya kuatkan diri saya juga kerana suami saya perlukan saya. Saya sentiasa ingat bahawa beliau perlukan saya. Jika ikutkan resa tak bermaya, siapa yang akan bantu saya?" ujarnya.




"Kadang-kadang kalau saya sakit atau demam, saya kuatkan diri saya juga kerana suami saya perlukan saya. Saya sentiasa ingat bahawa beliau perlukan saya. Jika ikutkan resa tak bermaya, siapa yang akan bantu saya?"
- Cik Norlindah Roslan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >