Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

BAHASA & BUDAYA

Terjemahan berperanan penting pastikan mesej jelas, tepat

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



BEBERAPA guru Bahasa Melayu dan Tamil di peringkat sekolah menengah telah menyertai sebuah bengkel penterjemahan baru-baru ini.



Bengkel yang julung-julung kali diadakan itu dirasmikan Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How.



Dalam ucapan yang telah dirakam sebelumnya kepada guru-guru yang terlibat dalam bengkel tersebut, Encik Tan, yang juga pengerusi Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC), menggariskan peri pentingnya penterjemahan.



Beliau berkata: "Terjemahan memainkan peranan penting dalam memastikan mesej komunikasi pemerintah disampaikan dengan jelas dan tepat kepada orang ramai dalam memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza.



"Mesej ini memainkan peranan penting seperti dalam memerangi wabak Covid-19, dengan langkah-langkah pengurusan selamat dan bahan kempen vaksinasi nasional yang dihasilkan dalam empat bahasa demi memastikan bahawa tidak ada yang tertinggal."



Menurut Encik Tan, NTC membantu agensi pemerintah mendapatkan perkhidmatan terjemahan berkualiti, dan membantu penterjemah tempatan meningkatkan kemahiran mereka, sambil memupuk bakat terjemahan generasi seterusnya.



Bengkel tersebut, katanya, akan memperkasa guru dengan pengetahuan yang relevan dalam terjemahan dan merancang modul pengajaran serta aktiviti yang menyeronokkan yang berkaitan dengan terjemahan.



Bengkel itu dikendalikan melalui aplikasi Zoom dan menyediakan teori penterjemahan yang relevan dengan para guru.



Ia juga membekalkan peserta dengan kemahiran penterjemahan yang berguna.



Para peserta bengkel itu merupakan penterjemah mapan yang ingin membantu golongan pelajar memupuk cinta terhadap bahasa serta penterjemahan.



Dalam bengkel itu, pelatih juga mencadangkan beberapa strategi dan kegiatan yang boleh diterapkan ke dalam pelajaran serta acara sekolah.



Ini bertujuan merangsang minat pelajar terhadap bahasa dan penterjemahan.



Bengkel itu disasarkan kepada guru-guru daripada sekolah Program Pembelajaran Gunaan (Bahasa) ( ALP).



Bengkel itu juga menarik penyertaan guru dari luar sekolah, kata kenyataan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).



ALP adalah sebuah program di bawah Kementerian Pendidikan (MOE), menyediakan peluang kepada pelajar untuk mengikuti pembelajaran berasaskan pengalaman dan menerapkannya di dalam konteks kehidupan nyata.



Buat masa ini, ia turut menawarkan program seperti media dan drama.



Hampir 190 guru dari lebih 80 sekolah menyertai bengkel penterjemahan tersebut tahun ini.



Semua bengkel penterjemahan itu dianjurkan bersama oleh MCI, Jabatan Perancangan dan Pembangunan Kurikulum (CPDD) dan MOE.



Ia juga sebagai sebahagian daripada inisiatif 'Masyarakat Yang Peka Terhadap Penterjemahan' (CiT).



Menurut kenyataan MCI, sejak pelancaran CiT, kementerian itu dan NTC sudah menganjurkan serta menyokong lebih 55 bengkel, perkhemahan, seminar dan peraduan dalam tiga bahasa ibunda rasmi di bawah inisiatif tersebut, termasuk 20 bengkel yang dianjurkan bersama oleh MCI dan MOE.



Dilancarkan pada 2016 oleh MCI dan NTC, inisiatif CiT menghimpunkan rakan kerja dari sektor-sektor awam, privet serta masyarakat untuk menganjurkan acara serta kegiatan yang bertujuan meningkatkan kesedaran selain minat terhadap penterjemahan.




"Terjemahan memainkan peranan penting dalam memastikan mesej komunikasi pemerintah disampaikan dengan jelas dan tepat kepada orang ramai dalam memenuhi keperluan masyarakat yang berbeza. Mesej ini memainkan peranan penting seperti dalam memerangi wabak Covid-19, dengan langkah-langkah pengurusan selamat dan bahan kempen vaksinasi nasional yang dihasilkan dalam empat bahasa demi memastikan bahawa tidak ada yang tertinggal.''
- Encik Tan Kiat How, Menteri Negara (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), yang juga pengerusi Jawatankuasa Penterjemahan Nasional (NTC).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >