APAKAH yang membezakan penulis mapan zaman Dr Masuri Salikun (Masuri S.N., 1927-2005) dengan zaman Cikgu Noor Hasnah Adam?
Hal ini antara lain yang cuba dikupas oleh sasterawan mapan, Haji Suratman Markasan, 85 tahun, ketika membentangkan makalah panjangnya, Puisi Melayu Moden Dalam Tiga Angkatan pada Pesta Puisi Singapura pada 26 Julai lalu di Maktab Seni LaSalle.