Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

FORUM

Tindakan Zulfikar cemar nama baik Islam dalam masyarakat majmuk Singapura

Aug 03, 2016 | 05:30 AM



SEBAGAI Muslim, kita sewajarnya tidak boleh terus menerima apa-apa maklumat terutama mengenai Islam kecuali daripada asatizah yang berpengetahuan dan bertauliah.



Kita sedia maklum bahawa baru-baru ini remaja yang baru ditahan kerana telah menjadi radikal adalah disebabkan dia salah mengambil maklumat daripada sumber yang salah kerana terpengaruh oleh Zulfikar Mohamad Shariff, individu yang telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebarkan ideologi radikal dalam media sosial.



Apa yang dilakukan oleh Zulkifar adalah satu perkara yang menyelewengkan dan telah mencemarkan nama baik Islam, terutama dalam masyarakat majmuk seperti Singapura. Bahkan lebih teruk lagi, dia telah memberi penerangan yang salah kepada remaja tersebut mengenai makna Islam.



Penahanan Zulfikar perlu dilakukan oleh pemerintah kerana ideologinya dapat mengancam keselamatan negara, bahkan masyarakat bukan Islam akan berasa takut dengan nama Islam.



Ini kerana Zulfikar menggalakkan keganasan seperti pemahaman IS, sedangkan Islam bebas daripada segala perbuatan tersebut.



Islam bukan sekadar agama, malah ia agama yang merangkumi segala aspek kehidupan yang menjaga segala kemaslahatan insan secara majmuk.



Semoga masyarakat kita terus cekal dan bersatu dalam menghadapi anasir yang menyelewengkan kita daripada pemahaman Islam yang benar.



HANZALAH MUSTAFA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >