SATU video ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad kira-kira 20 tahun lalu yang meramalkan bahawa Barisan Nasional (BN) dan Umno akan tumbang menjelang 2020, tular di media sosial beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Malaysia.
Dalam video itu, beliau, yang ketika itu masih menerajui BN, antara lain, menyatakan bahawa "pada 2020 Umno mungkin tidak berkuasa lagi kerana ditolak orang Melayu sendiri kerana bosan dengan politik wang... maksimum 2020... belum sampai itu pun Umno kita akan lihat kualitinya merosot, sokongan kepadanya juga merosot. Apabila Umno lemah, maka campuran BN juga jadi lemah. BN kuat kerana Umno kuat. Bila Umno lemah, ditolak, BN juga akan runtuh".