SELAMA lebih 100 tahun, Masjid Al-Huda di Bukit Timah kekal aktif sebagai sebuah pusat sosio-agama bagi para penduduk Islam yang tinggal di sekitarnya.
Bermula dengan hanya segelintir penduduk kampung pada awal 1900-an, jumlah jemaah yang memakmurkan masjid yang terletak di tengah-tengah kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Kampung Tempe, kian berkembang tahun demi tahun.