PRESIDEN Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Encik Farid Khan, memutuskan untuk terus memimpin badan induk itu memandangkan tugasnya yang belum selesai.
Pada awalnya, beliau keberatan untuk bertanding bagi menjawat jawatan Presiden dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) tetapi akhirnya meneruskannya dan menang tanpa bertanding kerana tidak ada calon lain yang bertanding.