Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

ARTIS SEBERANG

Usaha Jaclyn ringankan beban emosi Covid-19

Jul 21, 2021 | 05:30 AM



PENYANYI Jaclyn Victor ada cara tersendiri membantu mereka yang terjejas dengan penularan pandemik Covid-19.



Melalui kempen Let's Together Heal Malaysia, Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac memberi sokongan moral dan bantuan barangan keperluan kepada orang ramai.



"Dalam situasi sekarang, saya tahu ramai mengalami kesempitan hidup. Jadi, saya dan rakan kongsi perniagaan mewujudkan akaun Instagram (IG) @bungarayabybats untuk menjalankan beberapa projek yang boleh meringankan beban dan emosi golongan sasaran.



"Kami mencari penaja berpotensi untuk bekerjasama dan menyalurkan sumbangan dalam bentuk barangan keperluan dan perkhidmatan.



"Akaun IG juga digunakan untuk menyalurkan maklumat dan memberi khidmat rundingan profesional seperti pakar psikologi, psikiatri, pakar kewangan, polis dan sebagainya.



"Kumpulan pakar ini diundang setiap minggu untuk berbicara dan membantu mereka yang terkesan sama ada dalam bentuk fizikal atau emosi," katanya kepada Berita Harian Malaysia.



Jac juga akan menghiburkan pengikut akaun IG berkenaan.



"Setiap hujung minggu, saya akan menyanyi selama 30 minit hingga 45 minit dengan harapan persembahan saya dapat memberi hiburan kepada mereka yang gundah-gulana.



"Ia juga menjadi sesi lepas geram buat saya. Maklumlah, sudah sekian lama saya tidak menyanyi 'live' dan menghiburkan peminat," katanya.



Bagi menghilangkan rasa tidak yakin dan ketakutan segelintir pihak mendapatkan suntikan vaksin Covid-19, Jac menawarkan ganjaran kepada mereka yang menyahut seruan itu.



"Saya tawarkan baucar makanan percuma RM30 ($9.67) kepada 150 orang bertuah. Sesiapa yang sudah mendaftar untuk mengambil vaksin Covid-19 atau sudah mendapatkannya, boleh mengambil bahagian.



"Apa yang perlu mereka lakukan adalah dengan menghantar tangkap layar maklumat mengenai vaksin seperti yang tertera pada aplikasi MySejahtera ke akaun IG @batsbybungaraya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >