ANAK muda rata-rata menyambut baik langkah pemerintah membentuk Pasukan Bertindak Kesejahteraan Mental Covid-19 baru-baru ini walaupun ada maklum bahawa ia sepatutnya ditubuhkan lebih awal lagi.
Malah, mengurangkan stigma kesihatan mental dan menyediakan ruang bagi individu mengongsi tentang keadaan kesihatan mental mereka secara terbuka menjadi antara keperluan mental yang mereka harap dapat dipenuhi dalam masa akan datang, menurut Generasi Z - berusia 18 tahun hingga 24 tahun - yang ditemu bual Berita Harian.