Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga prihatin kesan inflasi atas kos sara hidup

Nov 22, 2021 | 05:30 AM



RAKYAT Singapura dan peniaga kian merasakan kenaikan kos sara hidup disebabkan inflasi yang meningkat sejak beberapa bulan lalu.



Mereka menyatakan kos seperti bahan makanan dan bil elektrik telah menjadi lebih mahal.



Kenaikan inflasi ini bukan hanya dirasakan di Singapura tetapi juga negara-negara lain di dunia termasuk Amerika Syarikat.



Malah, inflasi ini dijangka meningkat dalam beberapa bulan mendatang disebabkan pelbagai faktor seperti kenaikan harga bekalan tenaga, harga komoditi makanan, kesesakan di pelabuhan dan gangguan bekalan bagi produk seperti semikonduktor, menurut Naib Presiden Eksekutif merangkap Ketua Kajian Forex Pasaran Global Maybank Group dan Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.



Ia diburukkan sedang banyak negara melonggarkan sekatan Covid-19, menyebabkan permintaan bagi produk-produk meningkat.



"Harga sejagat untuk makanan dan komoditi seperti bijirin dan minyak sayuran telah meningkat kerana gangguan bekalan yang timbul daripada gangguan berkaitan iklim, kekurangan tenaga kerja dan sekatan eksport di negara pengeluar makanan utama, di tengah-tengah peningkatan permintaan global. Harga makanan global yang lebih tinggi seterusnya akan memberikan tekanan ke atas harga makanan dalam negeri,'' kata Encik Saktiandi.



Indeks Harga Pengguna (CPI), yang mengukur inflasi pengguna, mencapai 2.5 peratus pada suku ketiga tahun ini, naik dari 2.3 peratus dari suku sebelumnya.



Pada September misalnya, CPI bagi makanan meningkat 1.6 peratus berbanding bulan sama tahun lalu. Ia berbanding kenaikan 0.9 peratus pada Jun.



CPI bagi elektrik dan gas melonjak 9.9 peratus pada September dari -1.8 peratus pada Jun tahun ini, menurut MAS dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).



Penjaja gerai Nur Indah Kitchen di Bedok Corner dan Bedok South, Cik Roziah Adon dapat merasakan bahan-bahan makanan yang dibeli untuk berniaga seperti minyak masak dan beras telah meningkat.



"Saya lihat harga telah meningkat sejak dua bulan lalu. Kalau beli minyak masak, ia berharga $37 dari $34 sebelum ini bagi minyak masak satu tin sebanyak 17 liter. Harga beras 25 kilogram kini berharga $54, dari $51,'' katanya, yang secara keseluruhan menyatakan perbelanjaannya secara keseluruhan naik 7-10 peratus.



Pegawai logistik, Encik Atan Abdullah terperanjat melihat bil elektriknya naik mencapai $274 bulan lalu, dari $127 bulan sebelumnya meskipun penggunaan elektrik merosot.



Harga borong elektrik semasa kekal tinggi dan tidak menentu bagi tempoh yang agak lama sejak beberapa minggu lalu.



Antara sebabnya ialah kerana kenaikan harga gas asli cecair (LNG) disebabkan permintaan elektrik lebih tinggi dan pengurangan bekalan gas asli melalui saluran paip di Indonesia, kata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA).



Pakar ekonomi OCBC Bank, Cik Selena Ling menyatakan kenaikan harga makanan sejagat dan bekalan tenaga adalah di luar kawalan Singapura kerana mengimport barangan itu.



"Kenaikan itu dijangka berterusan sehingga separuh pertama tahun depan,''ujar Cik Ling.



Pemerintah akur dengan kenaikan inflasi ini dan telah mengambil langkah menanganinya agar mengurangkan kesan kos sara hidup lebih tinggi dalam kalangan warga tempatan.



Dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini, Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong berkata negara ini telah meningkatkan sumber bekalan makanan bagi meredakan harga inflasi.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) juga telah mengetatkan dasar kewangan bagi memastikan kestabilan harga dalam tempoh sederhana. Ini membolehkan dolar Singapura terus kukuh, lantas menjadikan harga import lebih rendah.



Bantuan juga disediakan bagi keluarga berpendapatan rendah bagi mendapat sokongan dari perbelanjaan harian mereka melalui skim-skim seperti ComCare dan baucar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), serta inisiatif seperti Baucar Barang Dapur.



LAPORAN SELANJUTNYA: Kos harga naik, bantuan disediakan tangani kenaikan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >