Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

SAJAK

Yang Kilau Tidak Semesti Emas

Jul 24, 2022 | 06:34 AM



Mengukuh semangat orang kita

dituduh asabiyyah semata-mata

dihina dijajah dihamba ditawan

terima pasrah tanpa melawan

yang terang berpemikiran salah

tohmah pejuang memecah belah

walau kita pun bukan malaikat

malah seringkali tidak sepakat

kita tidak sejahanam penakluk

menindas kejam lepas memeluk

yang kilau tidak semesti emas

tapi tak perlu risau atau cemas

berpaksi agama maha saksama

semua bangsa kita layan sama

selagi keadilan tiang perpaduan

kita bukan penyebar kekacauan

kitalah kaum paling bersopan

budinya kita paling hadapan

tiada budaya bermaaf salaman

melainkan kita sejak berzaman

kita bukan peruntuh peradaban

meski tertekan selalu terkorban.



13 JUL 2022

SHAFIQUOTES




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >