SEBANYAK 31 kisah wanita Islam muda dan cabaran mereka berhadapan dengan isu jantina, seksualiti, imej tubuh dan identiti budaya kini dibukukan dalam bentuk buku elektronik (e-buku).

Buku berjudul Perempuan: Muslim women in Singapore speak out itu dilancarkan di pejabat Persatuan Wanita bagi Tindakan dan Kajian (Aware) di Dover Crescent kelmarin.