PANDANGAN

Ada yang tak faham undang-undang dan struktur penerbangan antarabangsa: Pakar aviasi

SEHARI sebelum beliau mempengerusikan mesyuarat majlis penerbangan kebangsaan pertama di Putrajaya pada pagi Rabu lalu (5 Disember), menteri pengangkutan Encik Anthony Loke fikir ia sesuai untuk mengumumkan pelan Malaysia untuk mengambil semula ruang kawalan udara yang diurus Singapura sejak 1994.

Sebab utama terhadap gerakan ini, menurut Encik Loke, ialah kerana Singapura telah membuat keputusan untuk menggunakan alat sistem pendaratan baru (ILS) di Lapangan Terbang Seletar pada Januari 2019. Malaysia kata ini melanggar kedaulatan negara itu.

Singapura membalas dengan pantas dan tegas kepada kenyataan menteri pengangkutan itu.

Pertelingkahan terbaru ini timbul di tengah-tengah laporan bahawa Firefly, penerbangan kos rendah Malaysia, anak syarikat Malaysia Airlines Berhad, menggantung penerbangan dari Lapangan Terbang Seletar ke Subang berdekatan Kuala Lumpur, kerana Seletar kekurangan "peralatan di lapangan terbang baru".

Adakah menteri pengangkutan memahami undang-undang penerbangan?

Apabila Encik Loke berkata bahawa pemerintah membantah dengan alasan bahawa ILS di Seletar melanggar hak kedaulatan dan ruang udara di Pasir Gudang, sebuah kawasan perusahaan di Johor Bahru yang terletak kurang daripada dua kilometer dari lapangan terbang, beliau bukan sahaja salah maklumat tetapi salah arah.

Ini bukan kali pertama jiran-jiran Singapura menyuarakan ketidakpuasan mereka terhadap Singapura yang mengawal sebahagian besar ruang udara di wilayah ini.

Sekitar dua tahun lalu, ada panggilan di Indonesia untuk Jakarta mengambil semula pengurusan ruang udara di kepulauan Riau dari Singapura. Tetapi pihak Indonesia kemudian mengakui mereka mempunyai sumber terhad dan tidak mencukupi dana untuk melakukan demikian.

Komen Encik Loke mendedahkan kurang pemahaman terhadap undang-undang penerbangan dan struktur antarabangsa sistem maklumat penerbangan (FIR), dilaksanakan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) sejak 1946.

Mengurus FIR tidak bermakna sebuah negara perlu mengambil alih bahagian tertentu kedaulatan negara lain. Lebih-lebih lagi ia tidak bermakna sebuah negara kecil tidak boleh mengawal FIR besar.

Encik Loke menekankan bahawa Malaysia sekadar melindungi kedaulatannya, tetapi hujah itu banyak silap.

ICAO telah selalu menegaskan bahawa keselamatan navigasi udara merupakan perkara paling penting apabila pertikaian dan perbincangan tentang ruang udara diketengahkan. Ia kurang atau tiada kaitan dengan kedaulatan.

FIR Singapura terkini merangkumi ruang udara kecilnya sendiri bersamaan ruang udara di beberapa bahagian Indonesia, Malaysia dan Laut China Selatan.

Jika Malaysia menegaskan mahu mengambil semula ruang udaranya dari Singapura, ia perlu meyakinkan ICAO bahawa Singapura telah melanggar kedaulatannya (bagaimana?) atau pengurusan trafik udara hari ini kendalian Singapura adalah sub par atau kurang baik (berbanding dengan Malaysia?).

Mereka yang tinggal di rumah kaca tidak seharusnya membaling batu…

Ini satu tugas penting memandangkan kawalan trafik udara Singapura telah dilakukan dengan sangat baik selama berdekad-dekad; sejauh ini tiada isu atau aduan tentang gangguan teknikal.

Di kalangan kesemua 10 negara ASEAN, Singapura telah paling banyak melabur dalam pengurusan trafik udara (ATM).

Pada 2015 sahaja, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) membelanjakan $200 juta untuk membentuk satu pusat kecemerlangan bagi ATM untuk diperbaiki dan mempertingkatkan keselamatan dan perjalanan udara lebih cekap.

Singapura juga telah banyak melabur dalam peralatan teknikal dan latihan pengawal trafik udara.

Rekod Malaysia dalam kawalan trafik udara, bagaimanapun, mempunyai ruang untuk diperbaiki.

Menyusuli kehilangan pesawat MH370 pada Mac 2014, satu siasatan berdikari antarabangsa merumuskan pada Julai tahun ini bahawa ada kesilapan di kawalan trafik udara Malaysia di Kuala Lumpur.

Ia menyebabkan ketua Penguasa Penerbangan Awam Malaysia meletak jawatan.

Laporan keselamatan itu sendiri menunjukkan kekurangan bukan sahaja dari tahap ATC tetapi juga penerbangan kebangsaan (Malaysia Airlines). Baca laporan penuh Pasukan Siasatan Keselamatan ICAO mengenai MH370 (fokus pada muka surat 315-330 di mana kesilapan telah diketengahkan).

Apabila menteri pengangkutan Malaysia mengisytiharkan bantahan dilakukan untuk melindungi ruang udara Malaysia, dan "demi kepentingan warga Johor", beliau memaparkan kurang pengetahuan dalam undang-undang penerbangan antarabangsa serta jiwa orang Johor, terutama mereka yang tinggal di Johor Bahru.

  • Pandangan ini pertama kali diterbitkan di laman Endau Analytics sebuah firma penyelidikan berdaftar di Malaysia dan Singapura. Penulis pengasas Endau Analytics dan berpengalaman luas selama lebih dua dekad sebagai wartawan dan penganalisis, dengan fokus khusus pada industri penerbangan.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 28
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.