Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

CATATAN WARTAWAN

'Air jarang je boleh?'

May 07, 2023 | 05:30 AM



"AIR sejuk ada gas boleh? Ke nak yang takde 'gas'?"



"Kalau air jarang boleh?"



Inilah soalan yang asyik saya dengar dan jawapan saya Hari Raya ini.



Baik di rumah sendiri sebagai hos ataupun sebagai tetamu.



Entah mengapa tetapi tekak ini sudah tidak beberapa minat air yang terlalu manis terutama yang bergas.



Minum segelas dua sudah mencukupi. Seringkali, ia kemudian menyebabkan tekak semakin dahaga.



Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat trend yang semakin meningkat dengan pengguna lebih cenderung memilih makanan dan minuman yang lebih sihat semasa musim perayaan.



Minuman bergas seperti Coca-Cola



dan F&N, terutama yang legend seperti Sarsi, pernah banyak dikaitkan dengan sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Krismas.



Saya masih ingat lagi dulu, saya dan saudara-mara akan kira dan banding jika dapat minum semua perisa air F&N dari rumah-rumah yang dikunjungi pada akhir hari.



Maklumlah, F&N mempunyai pelbagai perisa dengan warna terang yang berbeza-beza.



Yang popular di kalangan kanak-kanak ialah perisa soda aiskrim dengan botolnya biru.



Bagi saya, perisa kegemaran air F&N ialah Zappel! Perisa epal yang bergas. Oh, sungguh menyegarkan!



Ada pula suka perisa ceri, yang berwarna merah jambu.



Kalau minum airnya, akan ada bekas warna air itu di bibir dan kadangkala untuk kanak-kanak, bekasnya hingga hujung bibir.



Tipulah kalau kata tak minum air F&N!



Perubahan dalam pilihan minuman ini mencerminkan trend ke arah kesihatan dan kesejahteraan, dan mempunyai implikasi yang penting bagi kedua-dua individu dan masyarakat secara keseluruhannya.



Salah satu sebab peralihan ini adalah kesedaran yang semakin meningkat tentang kesan kesihatan yang negatif mengambil terlalu banyak gula.



Minuman bergas sering tinggi kandungan gula, yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.



Dengan lebih ramai orang yang mementingkan kesihatan dan sedar tentang risiko yang dikaitkan dengan penggunaan gula, mereka mencari pilihan minuman yang lebih sihat seperti air kosong.



Apatah lagi, Singapura kini juga mempunyai kempen mengurangkan gula.



Misalnya, jenama Pokka, yang menawarkan beraneka perisa teh adalah air popular dihidangkan semasa perayaan, juga mempunyai perisa yang menonjolkan logo 'kurang manis' di bungkusan botol.



Walaupun perkara ini mungkin kelihatan seperti perubahan kecil, ia mempunyai implikasi.



Bagi individu, minum air jarang boleh membawa kepada hasil kesihatan dan kesejahteraan yang lebih baik.



Sebagai contoh, dengan memilih air berbanding minuman bergula, orang ramai mungkin boleh mengekalkan berat badan yang lebih sihat, mengurangkan risiko mereka menghidap penyakit dan memperbaiki tahap tenaga dan mood mereka secara keseluruhan.



Sebulan berpuasa, sudah ringan lima kilogram, tetapi kemudian mungkin bertambah 10 kilogram kerana banyak makan dan minum semasa Hari Raya.



Namun, ramai yang lupa bahawa bukan makanan sahaja menyebabkan tambah berat badan, malah air yang dihidangkan juga diambil kira kerana kadar gulanya yang tinggi.



Apa lagi, dengan cuaca panas di Singapura, diberi air manis dengan ais, habis diminum bergelas-gelas.



Trend gaya hidup sihat ini dapat dilihat merangkumi semua, tidak kira usia.



Terdapat kesedaran bahawa kesihatan dan kesejahteraan adalah nilai penting dalam masyarakat hari ini.



Secara keseluruhan, saya tabik dengan trend ini yang memberi kesan positif.



Dalam pada itu, ia juga menyumbang kepada pergerakan yang lebih besar ke arah gaya hidup dan nilai-nilai yang lebih sihat.



Walaupun belum dapat dilihat bagaimana trend ini akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang, perubahan cita rasa semasa musim perayaan ini mempunyai implikasi penting bagi individu dan masyarakat secara keseluruhannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >