Akhbar pelajar perkenal segmen baru
Apa yang dipapar diharap dapat bantu pelajar dalam peperiksaan
Jan 11, 2021 | 05:30 AM
PELAJAR dan guru Bahasa Melayu di sekolah rendah dan menengah boleh memanfaatkan satu lagi bahan pembelajaran dalam bentuk akhbar pelajar terbitan Berita Harian, Gen G.
Hanya dengan harga $10 bagi langganan setahun, pelajar boleh mendapatkan 20 edisi akhbar cetak Gen G, e-akhbar Gen G dan e-akhbar Berita Harian (BH) (Isnin).