SEJAK peraturan bagi pusat-pusat fisioterapi swasta diberi kelonggaran untuk meneruskan perniagaan, PhysioSports Pte Ltd, sebuah pusat fisioterapi, kini perlahan-lahan melihat pelanggan mereka kembali mendapatkan rawatan.

Dengan kelonggaran peraturan, Pengasas PhysioSports Pte Ltd, Encik Fairuuz Saleh, menjangkakan bahawa perniagaan akan perlahan-lahan berkembang walaupun terdapat cabaran yang dihadapi syarikat semasa tempoh pemutus litar.