Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Anak anda sudah selesa guna kanta lekap?

Jan 31, 2022 | 5:30 AM
- Foto CIBA VISION
- Foto CIBA VISION -

RAWATAN pertama masalah miopia bagi kanak-kanak adalah cermin mata, kata Pakar Optalmologi dan Mata, Klinik Mata Dewasa dan Kanak-Kanak (ACE), Dr Cheryl Ngo.

Ini kerana kanak-kanak mudah menyesuaikan diri dengan pemakaian cermin mata dan biasanya selamat dipakai.

"Cermin mata masih lagi diperlukan meskipun terdapat kanak-kanak yang memakai kanta lekap (contact lenses).

"Ini kerana mereka masih perlu memakai cermin mata selepas lapan hingga 10 jam menggunakan kanta lekap.

"Memakai kanta lekap bagi tempoh yang lebih lama daripada jangka masa yang disarankan itu menambahkan kemungkinan berlaku jangkitan," ujarnya.

Meskipun kanta lekap kebanyakannya selamat dan berkesan, ia tetap mempunyai risikonya.

Dr Ngo menyatakan bahawa komplikasi yang kurang teruk termasuk mata kering, melecet, reaksi alahan, dan kelopak mata kuyu akibat tarikan berlebihan pada kelopak atas.

"Komplikasi paling merbahaya ada jangkitan yang boleh menyebabkan parut pada kornea atau juga buta selama-lamanya," tambah Dr Ngo.

Menurut satu kajian ke atas 953 pesakit Singapura dengan komplikasi berkaitan lensa sepanjang tempoh dua tahun, sebanyak 244 kes (25.6 peratus) adalah berkaitan dengan jangkitan, di mana 55 pesakit perlu dirawat di hospital.

Meskipun jangkitan mata merupakan satu risiko, kadar kejadian yang dialami adalah serupa dalam kalangan warga dewasa dengan kanak-kanak, jelas Dr Ngo.

Ditanya bagaimana untuk memastikan kanak-kanak sedia untuk memakai kanta lekap, serta cara-cara menjaga lensa mereka, Dr Ngo menjawab:

"Para profesional jagaan mata mesti menentukan sekiranya seorang kanak-kanak itu mempunyai tabiat mengurus diri dan kadar kematangan yang diperlukan untuk menjaga kanta lekap sebelum diberi."

Berikut antara beberapa perkara yang diberi tumpuan Dr Ngo sebelum beliau mempertimbangkan kanta lekap sebagai rawatan:

1. Jaga kebersihan:

Kanak-kanak itu mesti membuktikan bahawa mereka mempunyai tabiat mengurus diri yang baik kerana membersihkan secara betul dan membasmi kuman pada kanta lekap adalah penting dalam mencegah jangkitan.

2. Bersikap terbuka dan berbual dengan ibu bapa.

Kanak-kanak mesti berasa selesa untuk melaporkan sebarang masalah berkaitan lensa seperti mata rasa tidak selesa atau kemerahan, kepada ibu bapa mereka.

3. Berdikari.

Kanak-kanak itu mesti membuktikan yang mereka mampu masukkan dan menanggalkan kanta lekap sendiri agar mereka dapat memasang atau menanggalkannya sendiri sekiranya timbul masalah, meskipun tanpa ibu bapa di sebelah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg