Topik diikuti
Pergi ke BHkuAnwar: Pakatan Rakyat perlu kekalkan kerjasama
Khairy: Perpecahan dalam pembangkang boleh bawa implikasi lebih buruk sekiranya mereka tadbir Malaysia
1 of 4
Jun 29, 2015 | 5:56 AM
Anwar: Pakatan Rakyat perlu kekalkan kerjasama
BELIAU masih di penjara, namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, masih prihatin dengan kemelut yang melanda pakatan pembangkang dalam Pakatan Rakyat.
Datuk Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di Sungai Buloh, telah meminta ketiga-tiga pembangkang dalam Pakatan Rakyat iaitu Parti Tindakan Demokratik (DAP), Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan PKR mengekalkan kerja sama di peringkat kerajaan negeri dan Parlimen.