Topik diikuti
Pergi ke BHkuApabila lagu Raya beralun...
Tidak meriah sambutan Hari Raya tanpa lagunya. Menurut kajian Yusnor Ef dan Azlan Mohamed Said, terpapar keunikan ratusan lagu Raya di Singapura dan Malaysia sejak 1940-an. Laporan MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg).
1 of 5
Jul 20, 2015 | 5:30 AM
Apabila lagu Raya beralun...
KEMERIAHAN sambutan Aidilfitri turut disumbangkan lagu-lagu Hari Raya yang beralun dari radio dan telefon bimbit, di rumah, kenderaan sehingga pusat beli-belah.
Konsep lagu Raya pernah dihujahkan berupa lanjutan daripada konsep qasidah (lagu agama Islam yang memuji Allah dan Rasul-Nya) yang bermula bersama Islam dalam abad ketujuh Masihi.