Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Asatizah terjah minda tahanan demi basmi salah tafsir agama

Oct 27, 2017 | 05:30 AM



BANYAK agama di dunia menggalak rasa ihsan, toleransi dan kesederhanaan.



Malangnya, ada individu atau kumpulan yang menyalahgunakan agama untuk meyakinkan orang supaya melakukan kekejaman.



Sepanjang dua dekad lalu, dunia menyaksikan keganasan yang berasal daripada bentuk agama Hindu, Yahudi, Kristian, Buddha, Islam atau Sikh yang menyimpang.



Antara jalan penyelesaian 'menyembuhkan' keadaan ini ialah guru agama masing-masing membetulkan penyimpangan dengan menggantikan tafsiran agama yang salah dengan yang sah.



Pengganas hari ini melakukan kekejaman atas nama agama, khususnya mereka yang tergolong dalam kumpulan seperti IS, Al-Qaeda dan 'jiran'nya seperti Jemaah Islamyiah (JI) dan Boko Haram. Kumpulan sedemikian melakukan keganasan dan pembunuhan besar-besaran atas nama Islam.



Dengan memanipulasi konsep Islam yang dipegang kebanyakan Muslim, pengganas itu secara perlahan melangkah masuk ke dalam hati dan minda umat Islam, terutamanya belia.



Tugas pengganas menjadi lebih mudah disebabkan konflik berterusan dalam kebanyakan masyarakat Islam dunia, di mana pengganas menggambarkan ideologi dan pergerakan mereka sebagai 'pembela' dan 'penyelamat' umat Islam yang tertindas.



MENANGANI IDEOLOGI RADIKAL



Dalam kumpulan dan gerakan pengganas, ideologi memainkan peranan penting.



Pertama, ideologi ialah prinsip pertubuhan pengganas dan memberi matlamat serta rangka tindakan.



Kedua, seperti yang ditunjukkan oleh IS dan kumpulan pengganas lain, ideologi memberikan justifikasi terhadap keganasan yang mereka lakukan.



Ketiga, ideologi merupakan bahasa pemanduan umum. Menyeru orang melakukan jihad atas alasan menjalankan kewajipan Islam membolehkan kumpulan pengganas antara lain terus merekrut anggota.



Keempat, dalam bentuk program sosial, ideologi dapat menjana sokongan orang awam - sama ada sebagai penyokong yang menyediakan bantuan kewangan dan logistik; atau bersimpati, yang secara moralnya tidak membenarkan perbuatan itu tetapi menunjukkan tanda-tanda simpati terhadap sebab kumpulan pengganas.



Akhirnya, dari masa ke masa, ideologi akan menjadikan masyarakat Islam semakin radikal dengan indoktrinasi mereka berteras budaya keganasan dan tafsiran radikal Islam.



Oleh sebab itu, bentuk perubatan yang terbaik adalah 'menyasarkan' organ yang terjejas - dalam kes ini, minda.



Proses pemulihan keagamaan diperlukan bagi membongkar ideologi yang dikritik pengganas dan hanya dapat ditangani oleh ahli politik.



Proses itu dianggap sebagai cara mengubah sistem kepercayaan seseorang, menolak ideologi pelampau dan mendakap nilai arus perdana.



Demi mencapai proses itu, sarjana agama perlu mencabar ideologi negatif dan menggantikannya dengan pemahaman benar tentang Islam menerusi ajaran Nabi Muhammad saw tentang nilai rahmat dan ihsan. Ini juga akan melindungi Islam daripada dicemari kumpulan pengganas.



PERANAN ASATIZAH DALAM PEMULIHAN AGAMA



Selepas berita penangkapan anggota JI Singapura di akhir 2001, sekumpulan asatizah berpendapat bahawa tanggungjawab bertindak balas terhadap ideologi ekstremis terletak pada bahu mereka.



Demi membetulkan pemahaman salah tentang Islam oleh ahli JI, kaunseling, dialog dan perbincangan agama telah dikenal pasti sebagai jalan ke depan.



Asatizah kemudian membentuk kumpulan sukarela yang disebut Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), yang bersama pihak berkuasa Singapura, mendekati tahanan radikal.



RRG dibentuk pada April 2003 dengan kumpulan asatizah terdiri daripada 16 lelaki dan lima wanita.



Sejak itu, RRG maju.



Pada mulanya, RRG bermatlamat memulihkan tahanan JI. Mereka kemudian meluaskan skopnya merangkumi usaha mendekati individu radikal diri yang ditahan dan mereka yang menyokong IS.



Setelah bertahun-tahun lamanya memberi kaunseling, usaha tersebut membuahkan hasil.



Lebih 60 anggota JI ditahan sejak 2001. Kini, sekurang-kurangnya dua pertiga daripada mereka telah dibebaskan.



Bagi memperkenal pendekatan menyeluruh pemulihan, RRG bekerjasama dengan Kumpulan Jagaan Susulan Antara Agensi (ACG) yang ditubuhkan pada 2002.



ACG merupakan himpunan sukarelawan antara agensi dan pertubuhan Melayu/Islam yang menyediakan bantuan dalam bentuk sokongan emosi, sosial dan kewangan buat keluarga tahanan.



Demi menangani masalah keradikalan belia pula, RRG dan ACG menganjurkan beberapa forum untuk meningkatkan kesedaran mengenai ancaman ideologi pengganas dan memberi inspirasi kepada mereka supaya giat menentang fahaman sebegitu.



RRG telah melakukan banyak usaha membantah idea-idea yang menganjurkan pemisahan, kebencian dan kekerasan, lalu menggantikannya dengan mesej kedamaian, toleransi, persefahaman dan saling menghormati yang dianjurkan oleh Islam.



Selain kaunseling, RRG mengadakan seminar dan forum.



Matlamat mendekati masyarakat adalah supaya mereka mempunyai perspektif jelas mengenai kedudukan Islam berkaitan ekstremisme dan keganasan, serta memastikan mereka tidak terpengaruh propaganda pengganas dalam talian.



Dalam hal ini, RRG telah menubuhkan laman Internet dan Facebook untuk menyampaikan naratif balas secara dalam talian dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang mudah terpedaya.



PEMULIHAN AGAMA - USAHA PERINGKAT GLOBAL



Ulama Islam di pelbagai negara misalnya Yaman, Arab Saudi dan Malaysia mempunyai kaedah tersendiri dalam menangani pandangan pelampau.



Di Yaman, Jawatankuasa Dialog Agama ditubuhkan oleh Menteri Endowmen dan Panduan, Hakim Hamoud Al-Hitar, pada September 2002.



Tugas utama jawatankuasa adalah melaksanakan dialog agama di penjara Yaman bagi mereka yang disabitkan kesalahan keganasan.



Dialog itu bertujuan membetulkan kepercayaan salah dan memberi mereka bimbingan kepada pemahaman Islam benar.



Di Arab Saudi, berikutan serangan ganas pada Mei 2003, kerajaan menggunakan tindak balas strategik sebagai sebahagian usaha memerangi keganasan.



Program pemulihan dilaksanakan buat 2,000 orang tahanan yang ditangkap atas jenayah berkaitan pengganasan.



Lebih 150 ulama, dan profesor universiti terlibat secara langsung dengan tahanan dalam bentuk dialog dan bahas agama intensif.



Di Malaysia, ulama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan program dengan kerjasama Jabatan Prisma untuk memulihkan anggota pengganas.



Program itu terdiri daripada sesi dan dialog agama, di mana ulama memberi panduan agama kepada tahanan.



MEMELIHARA AGAMA - ULAMA ISLAM MELAWAN IS



Ulama Muslim telah mencapai sepakat bahawa wajib dan patut dipuji berunding dengan orang lain mengenai perkara umat kerana ia memperlihat contoh Nabi.



Al-Baghdadi dan kumpulan pemimpinnya tidak berunding dengan ulama dan pengarang Islam di seluruh dunia dalam menubuhkan apa yang dipanggilnya sebagai khalifah.



Sebaliknya, beliau membentuk dewan sendiri, yang tidak diketahui masyarakat Islam, dan 'memilih'nya sebagai "khalifah" yang mewakili semua umat Islam.



Khalifah tidak mempunyai pengesahan jika Al-Baghdadi tidak diiktiraf dan mendapat pengiktirafan pemimpin dan ulama Sunni terkenal dan dihormati di negara-negara seperti Arab Saudi, Mesir, Turkey, Maghribi, Pakistan, Bangladesh dan Indonesia.



Tiada yang berdiri dan menyatakan sokongan buat IS. Sebaliknya, IS dilihat dengan penghinaan dan kekejian.



Dalam penyelidikan yang dijalankan oleh Pusat Penyelidikan Pew, kebanyakan negara dengan majoriti penduduk Islam termasuk Lebanon, Indonesia, Malaysia, Turkey, Palestin dan Jordan memberi pendapat yang tidak baik terhadap IS.



Banyak masyarakat Islam di seluruh dunia menentang IS, maka tidaklah menghairankan bahawa banyak pemimpin Islam tampil mengecam IS dan menafikan eksploitasi ajaran agama mereka yang membenarkan keganasan dan kekejaman.



Di India, di mana terdapat lebih 160 juta Muslim, lebih 70,000 ulama mengeluarkan fatwa mengutuk IS dan kumpulan yang suka berfikiran lain demi kekejaman.



Di Indonesia pula, kediaman jumlah penduduk Islam terbesar di dunia (lebih 200 juta warga) juga menolak IS.



Majlis Ulama menyatakan pengisytiharan khalifah Al-Baghdadi dan bergabung dengan mereka sebagai haram atau dilarang kerana ia menentang prinsip Islam.



Al-Azhar, pihak berkuasa rejim Sunni terkemuka di dunia Islam, juga mengutuk IS. Mufti Besar, Sheikh Shawki Allam, mengulas mengenai IS:



"Kumpulan ekstremis dan berdarah seperti ini menimbulkan bahaya kepada Islam dan umat Islam, merosakkan imejnya serta menumpahkan darah dan menyebarkan rasuah."



Mufti Besar Arab Saudi merujuk IS dan Al-Qaeda sebagai "musuh nombor satu" Islam.



Dalam kenyataannya mengenai ISIS dan Al-Qaeda, beliau berkata "Idea ekstremisme, radikalisme dan keganasan... tidak ada hubungannya dengan Islam dan (penyokong mereka) musuh nombor satu Islam".



Di Australia, Mufti Besar Dr Ibrahim Abu Mohammed, wakil utama ulama Sunni yang menyokong fatwa terhadap IS, memberi amaran kepada umat Islam bahawa sebarang sokongan terhadap kumpulan itu bertentangan dengan ajaran Islam.



Beliau berkata:



"Kami berdiri dengan semua pertubuhan yang mengutuk IS dan mengisytiharkan ketidakmampuan daripada tindakan tidak berperikemanusiaan...



"Kami meragui asal usul IS kerana sejak ditubuhkan, mereka tidak melakukan satu perkara pun buat kepentingan Islam dan Muslim. Sebaliknya, perbuatan dan tindakan kejam menentang jalan Allah."



KESIMPULAN



Dalam usaha menentang keganasan, pemulihan atau deradikalisasi boleh dilihat sebagai pendekatan inovatif melangkaui strategi yang bergantung pada penindasan keras dan penahanan pengganas.



Usaha memulihkan pengganas di penjara telah menyediakan platform bagi mereka menyatakan penyesalan, bertaubat, atau menafikan ideologi itu.



Melalui pengalaman pemulihan agama di Singapura dan di luar negara, ulama memainkan peranan penting membetulkan minda tahanan yang tersalah tafsir pengertian agama.



Pemulihan agama harus menjadi sebahagian pendekatan menyeluruh dalam program deradikalisasi.



Ini disebabkan, tidak seperti proses penahanan biasa, komponen agama program ini menyasarkan masalah terasnya, iaitu ideologi keagamaan yang disalah tafsir kumpulan pengganas.



Komponen agama bertujuan membasmi ideologi berdasarkan pemahaman salah terhadap Islam dan menggantikannya dengan ajaran betul.



Kejayaan komponen tersebut menggalak pihak berkuasa membebaskan tahanan radikal kembali ke pangkuan masyarakat.



  • Penulis kaunselor Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) dan Penyelidik Sekolah Pengajian Antarabangsa S. Rajaratnam (RSIS). Rencana ini sedutan laporan dalam majalah edisi khas 'Inabah' dalam bahasa Inggeris terbitan Masjid Khadijah dan RRG bagi menyampaikan mesej kepada masyarakat mengenai bahaya fahaman radikal.


"Matlamat mendekati masyarakat adalah supaya mereka mempunyai perspektif jelas mengenai kedudukan Islam berkaitan ekstremisme dan keganasan, serta memastikan mereka tidak terpengaruh propaganda pengganas dalam talian."
- Penulis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >