Wacana
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bahaya media sosial: Lebih ramai rakan, semakin hilang diri

Cara penggunaan media sosial perlu diteliti semula, bina hubungan dalam alam nyata
Jul 20, 2025 | 5:30 AM
media sosial, persahabatan, kenalan, dunia nyata, like, komen, nilai diri
Kita tidak memerlukan lebih ramai kenalan di media sosial, sebaliknya kita perlu membina lebih banyak persahabatan dalam hidup yang kita lalui di dunia nyata. - Foto ISTOCKPHOTO

Pernahkah perkara ini berlaku kepada anda?

Anda sedang asyik menatal (scroll) Instagram apabila anda tiba-tiba terhenti.

Foto seorang pempengaruh, dipetik dari sudut tinggi – yang sedang duduk bersantai di sebuah pantai di Bali dikelilingi keindahan alam sambil menghirup kopi – menarik perhatian anda.

Anda kemudian mula terfikir, merenungkan kehidupan anda sekarang... atau sekurang-kurangnya tergerak membeli dan belajar menggunakan dron.

Media sosial telah menjadi sebahagian kehidupan kita yang lazim, sehingga tidak terlintas di fikiran untuk berhenti dan bertanya, “Apakah yang dilakukan media sosial kepada diri aku ‘ni?”

Kita mempunyai ratusan, bahkan ribuan, ‘rakan’ dalam talian, tetapi adakah kita sejujurnya rasa lebih terhubung?

Atau adakah kita hanya bak terapung-apung di Internet bagaikan ‘hantu’ digital?

Secara teorinya, media sosial sepatutnya membawa kita lebih dekat kepada satu sama lain.

Tetapi saya masih ingat apabila media sosial bermula dengan agak baik.

Generasi saya pasti masih ingat dengan permulaan awal Facebook?

Ada fungsi poke dan permainan Farmville contohnya, yang menggalak interaksi.

Sekitar sedekad kemudian, kita kini dilambung gelombang Reels, Threads, TikTok dan algoritma.

Ini tidak termasuk sejuta pandangan yang dimuat naik seminit di pelbagai wadah.

Ia bukan lagi tentang mengekalkan hubungan. Ia kini tentang kekal relevan.

Sepanjang sekitar dua dekad lalu, erti ‘sosial’ dalam media sosial ibarat telah semakin menguncup.

Aplikasi yang kita gunakan setiap hari bukan lagi berperanan sebagai ruang bagi interaksi dan perbualan bermakna, tetapi lebih kepada sebuah mesin layan diri untuk mendapatkan validasi atau pengesahan.

Kita memuat naik foto, kemudian terlalu memikirkan untuk segar semula feed akaun kita itu dan mula mentafsir setiap Like (tanda suka) sebagai cerminan nilai diri.

Dan apabila kita tidak mendapat sambutan yang kita harapkan, ibarat satu krisis telah melanda.

Ironinya ialah kita tidak pernah mempunyai begitu banyak wadah untuk berkomunikasi – daripada DM (mesej peribadi) dan emoji hingga ke nota suara – namun ramai daripada kita kelihatan lebih kesepian daripada sebelum era media sosial.

Menurut kajian, lebih banyak masa seseorang itu menghabiskan secara pasif menggunakan media sosial, lebih berkemungkinan mereka rasa terasing dan terpinggir.

Apakan tidak. Menonton reel orang lain sedang anda memakai baju tidur sambil mengunyah keropok pada pukul 3 petang bukanlah sesuatu yang menyemarakkan keyakinan diri, mahupun membuat anda rasa terhubung dengan manusia.

Sebahagian masalahnya ialah ganjaran atau manfaat yang diperoleh daripada wadah media sosial bukan daripada hubungan yang dibentuk dan dipupuk, tapi semata-mata daripada penggunaan.

Seluruh sistem media sosial dibangunkan untuk memastikan kita terus menerus menatal dan swipe, seberapa lama mungkin.

Satu video membawa kepada video lain. Sebelum anda sedar, anda telah menonton 19 klip arnab mencuci anggur, tiga pengakuan putus cinta dan seorang gadis menangis kerana susu oat yang diminumnya adalah pada suhu salah.

Bayangkan, kita tidak berbual dengan manusia sebenar sepanjang hari, tetapi emosi kita telah ‘dilaburkan’ dalam kehidupan orang lain. – dalam bentuk apa yang berlaku kepada haiwan peliharaan atau pilihan kopi kegemaran seseorang yang anda langsung tidak kenali.

Malah idea berinteraksi dalam media sosial itu sendiri telah berubah.

Like dan komen dilihat sebagai sesuatu yang interaktif, tetapi lazimnya perbuatan tersebut lebih berbentuk performatif atau ‘untuk menunjuk’.

Jika direnungkan, ia adalah satu interaksi pasif – seperti melambai kepada seseorang melalui tingkap tetapi tidak pernah benar-benar membuka pintu.

Kita tahu apa yang rakan kita lakukan (atau apa yang mereka mahu kita fikir mereka lakukan), tetapi jika difikirkan, adakah kita pernah bertanya bagaimana keadaan mereka sebenarnya?

Kita mengetik dua kali atau double-tap foto percutian mereka dan kita menganggap perbuatan tersebut sebagai mengekalkan hubungan.

Akibatnya, perbualan sebenar – jenis percakapan yang tidak dirancang, jujur, secara peribadi – jarang berlaku.

Kemudian timbul juga isu identiti dan bersifat autentik.

Jika kita sentiasa perlu menyerlahkan sesuatu pesona dalam talian, ke manakah perginya diri kita yang sejati?

Sering timbul tekanan untuk buat lawak, nampak estetik serta mempunyai kesedaran politik dan ehwal semasa yang tinggi – semuanya dalam 15 saat atau kurang.

Tentunya, meskipun dengan keprihatinan saya mengenai penggunaan media sosial, saya tidak dapat menafikan manfaat platform tersebut antaranya dalam mempermudahkan pembentukan kumpulan sokongan, komuniti yang mempunyai minat atau perjuangan yang sama serta kandungan yang dapat mencetuskan perbincangan bermakna. Namun, kita harus bertanya pada diri sendiri - adakah kita menggunakan media sosial, atau media sosial mempergunakan kita? Justeru, mungkin tiba masanya kita meneliti semula penggunaan media sosial. Kirimkan mesej kepada rakan-rakan bukan kerana mereka memuat naik pos yang menarik perhatian, tetapi kerana kita mahu mengekalkan hubungan. Dekati rakan-rakan atau kenalan menerusi apa platform sekalipun untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat, tanpa perlu perbualan itu direkod dalam bentuk pos, komen atau kapsyen di media sosial. Keluar dan menikmati keindahan alam semula jadi (tanpa mengambil foto kaki anda untuk dimuat naik ke Instagram). Rasakan kebosanan, rasakan kejanggalan, rasakan kehidupan sebenar.
Penulis

Kehidupan kita tidak boleh lagi ‘biasa-biasa’ saja, seperti yang sebenarnya dilalui hampir semua orang, sebaliknya kehidupan kita sehari-hari perlu ditaburi kejadian dan perkara menarik, yang dapat mencuit perhatian.

Justeru, ramai yang hidup ‘berpura-pura’ di media sosial, sekali gus menambah kepada isu kesihatan mental dan keyakinan diri yang kini semakin berleluasa.

Ini kerana di media sosial, kita tidak dapat lari daripada membandingkan keadaan ‘di balik tabir’ kehidupan kita kepada apa yang kita saksikan berlaku dalam kehidupan orang lain.

Jika beginilah caranya, malangnya, kita akan mendapati diri dan kehidupan kita sentiasa kekurangan.

Bagi saya, perkara paling membimbangkan ialah bagaimana media sosial kini menggantikan pengalaman manusia kepada interaksi digital.

Daripada bersua muka, kita ber-FaceTime. Daripada meraikan sesuatu bersama keluarga dan kenalan, kita memuat naik story di Instagram.

Daripada mendekati seseorang yang sedang dalam kesusahan secara peribadi, kita mengirimkan pesanan “Awak ok?”, lengkap dengan animasi gif.

Amalan seperti ini pastinya berkesan, tetapi adakah ia mencukupi?

Tentunya, meskipun dengan keprihatinan saya mengenai penggunaan media sosial, saya tidak dapat menafikan manfaat wadah tersebut antaranya dalam mempermudahkan pembentukan kumpulan sokongan, komuniti yang mempunyai minat atau perjuangan sama serta kandungan yang dapat mencetuskan perbincangan bermakna.

Namun, kita harus bertanya pada diri sendiri, adakah kita menggunakan media sosial, atau media sosial mempergunakan kita?

Justeru, mungkin tiba masanya kita meneliti semula penggunaan media sosial.

Kirimkan mesej kepada rakan bukan kerana mereka memuat naik pos yang menarik perhatian, tetapi kerana kita mahu mengekalkan hubungan.

Dekati rakan atau kenalan menerusi apa wadah sekalipun untuk bertanya khabar dan bertukar-tukar pendapat, tanpa perlu perbualan itu direkod dalam bentuk pos, komen atau kapsyen di media sosial.

Keluar dan menikmati keindahan alam semula jadi (tanpa mengambil foto kaki anda untuk dimuat naik ke Instagram).

Rasakan kebosanan, rasakan kejanggalan, rasakan kehidupan sebenar.

Walaupun nampak cool untuk mempunyai ribuan ‘pengikut’ di media sosial, ia tidak dapat menggantikan kehadiran seorang insan – rakan atau anggota keluarga – yang sanggup menemani kita dalam suka dan duka.

Hakikatnya, kita tidak memerlukan lebih ramai kenalan di media sosial, sebaliknya kita perlu membina lebih banyak persahabatan dalam hidup yang kita lalui di dunia nyata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg