Premium
Banyak faedah bagi remaja yang buat kerja sukarela
Siri mingguan ini merupakan karya sumbangan pelajar Institusi Raffles (RI) yang mengikuti program Bahasa Melayu Lanjutan di sekolah itu. RI antara 10 sekolah yang menawarkan program Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) bagi mendalami bahasa Melayu di sekolah menengah. Karya ini diterbit kali pertama dalam buku terbitan RI, 'Kalam Raffles'.
Apr 10, 2023 | 5:30 AM
KERJA SUKARELA PUPUK SIKAP BERSYUKUR: Ada banyak manfaat yang boleh diperoleh apabila seorang remaja melakukan aktiviti kebajikan secara sukarela. Contohnya, apabila menolong menghidangkan makanan bagi orang miskin, beliau berasa bersyukur kerana mempunyai pelbagai makanan di rumah. - Foto M³@Pasir Ris-Punggol -
BERDASARKAN Kamus Dewan Bahasa Dan Pusaka edisi keempat, 'sukarela' ditakrifkan sebagai melakukan sesuatu dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa dan dengan rela hati.
Melakukan kerja sukarela mendatangkan manfaat kepada orang lain, tidak didorong oleh ganjaran, dan dilakukan secara ikhlas.

