Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
3

Lidah Pengarang

Batu asas bagi Jokowi dan 'Kabinet Indonesia Maju'

Oct 27, 2019 | 05:30 AM

MAJLIS angkat sumpah yang menandakan permulaan penggal kedua Presiden Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai sebagai Jokowi, disusuli dengan pelantikan baru 'Kabinet Indonesia Maju' 34 anggota, memberi ruang kepadanya melanjutkan tugas membina Indonesia ke tahap selanjutnya. Sebagai Presiden ketujuh Indonesia bagi penggal kedua, Encik Widodo, 58 tahun, bersama Naib Presiden baru, Encik Ma'ruf Amin, 76 tahun, pastinya mahu membawa Indonesia ke tahap lebih baik, terutama dalam isu ekonomi dan pekerjaan, bagi mempertingkatkan kehidupan rakyat.

Laluannya tidak mudah. Dari masa ke masa, timbul cabaran baru dari dalam dan luar. Permulaan penggal kedua beliau itu dibayangi latar belakang mencabar seperti keadaan ekonomi yang tidak menentu, perang dagangan Amerika-China yang menjejas dunia dan tempiasan masalah penunjuk perasaan di Hong Kong. Indonesia sendiri bulan lalu menyaksikan demonstrasi pelajar terbesar sejak Suharto meletak jawatan pada 1998 berhubung undang-undang rasuah yang menjejas demokrasi dan usaha membanteras rasuah; keganasan di Papua yang memperlihatkan beberapa orang terkorban, dan masalah jerebu dari kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan yang menjejas negara jiran. Di samping itu, Indonesia menghadapi tuntutan golongan Islam konservatif yang mahukan undang-undang agama lebih ketat dan desakan masyarakat sivil membasmi rasuah. Pada masa yang sama, Encik Widodo perlu mengimbangi tuntutan golongan elit politik dan rakan kongsi yang mahukan hak kuasa, termasuk akses sumber, bagi kepentingan politik mereka.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >