Belajar agama dan berdakwah bukan setakat di masjid sahaja, Berita Wacana - BeritaHarian.sg
Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Wacana0

Belajar agama dan berdakwah bukan setakat di masjid sahaja

Oct 12, 2018 | 05:30 AM

PEMBELAJARAN agama boleh berlaku di mana-mana - di rumah, di sekolah, di pusat pendidikan, malah di alam siber - asal sahaja ia dipelajari daripada guru-guru agama bertauliah dan mendapat pengiktirafan sewajarnya, seperti Skim Pentauliahan Asatizah (ARS).

Usaha sedemikian tidak sedikit pun menjejas fungsi masjid yang kekal sebagai pusat tumpuan umat Islam mendapatkan pelbagai keperluan ilmu baik duniawi mahupun ukhrawi serta kegiatan ibadat dan kemasyarakatan lain.

Konsep 'Belajar Di Luar Pekarangan Masjid' atau 'Dakwah Beyond The Minaret' ini dijelaskan dua asatizah daripada Perdaus kepada Berita Harian.

"Kita perlu buka ruang kepada anggota masyarakat belajar dan mendapatkan penjelasan agama daripada asatizah yang diiktiraf dan juga yang memberi keyakinan kepada mereka. Perbincangan ini tidak terhad untuk diadakan di masjid sahaja.

"Tanpa mengetepikan fungsi dan peranan masjid, kita harus memenuhi keperluan masyarakat yang masih berasa belum bersedia ke masjid atas pelbagai sebab.

Halal Home Based Business
Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Pada hakikatnya, masih terdapat golongan daripada masyarakat yang belum bersedia ke masjid atas pelbagai sebab. Ini termasuk kerana bertatu, berpakaian yang tidak menutup aurat dan bimbang diri mereka tidak layak ke masjid.

"Atas sebab bimbang dipandang serong dan malu, mereka lebih selesa menemui asatizah di luar masjid untuk mendapatkan jawapan bagi kemusykilan agama mereka," terang Ustaz Muhammad Hatta Yunus, 37 tahun, pegawai eksekutif Perdaus.

Menurut beliau, untuk memenuhi keperluan seperti ini dan memperluas skop dakwah, asatizah perlu turut memainkan peranan mengambil tahu keperluan masyarakat dan mengajar agama bukan sahaja di luar masjid, bahkan di luar waktu kerja.

"Menjadi ustaz atau ustazah ini bukan satu tugas atau pekerjaan semata-mata. Ini satu amanah dan tanggungjawab menyampaikan dan memberi penerangan mengenai soal agama kepada masyarakat di mana sahaja mereka berada.

"Ia juga bukan satu tugas yang tertakluk dalam waktu bekerja sahaja. Malah tanggungjawab atau peranan sebagai asatizah adalah sepanjang masa.

"Anda akan menjadi tempat rujukan masyarakat setiap kali mereka ingin bertanyakan atau meminta penjelasan dalam masalah agama mereka," tambah beliau.

Untuk memenuhi keperluan ini, Perdaus menyusun pelbagai program bagi pelbagai peringkat umur, yang lebih selesa mendapatkan jawapan dan belajar agama di luar masjid. Ini terdiri daripada kanak-kanak hingga remaja, dewasa, malah bagi warga emas dan golongan yang sudah berkeluarga.

"Ini kerana ada segelintir daripada pelajar kami yang bimbang dengan stigma dan penerimaan masyarakat terhadap diri mereka.

"Kami mahu mereka rasa seronok mempelajari ilmu agama dan mengambil peluang mengubah hidup menjadi lebih positif. Atas permintaan tinggi peserta untuk belajar agama daripada asas, kami susun kelas mengikut keperluan mereka.

"Kami beri mereka keyakinan bahawa mereka boleh berubah kepada yang lebih baik dan bimbing mereka mengikut tahap yang mereka boleh terima.

"Selepas berasa selesa mempelajari ilmu agama menerusi bimbingan kami, contohnya selepas belajar dan mempraktik qiamullail bersama di pusat Perdaus, kami akan mengadakan sesi qiam di masjid pula," kata Ustazah Rahmah Bahari, 52 tahun, Koordinator Program Kelas Agama Dewasa (KAD) Perdaus.

Menurut Ustaz Muhammad Hatta, asatizah perlu mempertingkatkan usaha mendekati anggota masyarakat di luar masjid.

"Kita perlu mendekati dan mengenali mereka secara peribadi dan memberi mereka harapan mengubah keadaan hidup mereka.

"Kita juga perlu berpegang pada pandangan bahawa untuk mewujudkan sesuatu yang positif dalam masyarakat, kita harus mengenali dahulu cabaran dan situasi masyarakat di luar sana," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau mengalu- alukan ura-ura mengajak asatizah mendekati masyarakat di estet kejiranan.

"Asatizah harus menghadirkan diri di pelbagai tempat, bukan setakat di masjid atau di pejabat tempat mereka bekerja sahaja.

"Ada kalanya kehadiran asatizah dapat mengubah situasi. Contohnya, di estet BTO perumahan saya, terdapat beberapa asatizah yang aktif membimbing masyarakat Muslim di situ.

"Komuniti masyarakat Islam ini mula diasaskan menerusi Whatsapp secara berkumpulan. Kemudian terdapat ura-ura mengadakan kelas mengaji, majlis keramaian seperti kenduri dan solat terawih. Malah estet kami mempunyai pasukan bola sepak yang turut disertai masyarakat bukan Islam. Whatsapp juga menjadi wadah bagi mereka yang ingin penjelasan agama.

"Kami anggap semua tanggungjawab ini sebagai amanah untuk merapatkan hubungan sesama jiran bagi memastikan wujudnya suasana hidup bermasyarakat yang sambil mengambil tahu kemaslahatan sesama jiran seperti hidup di kampung," tambah Ustaz Muhammad Hatta.

Dalam mendekati masyarakat di kejiranan ini, asatizah juga perlu bijak menggunakan contoh semasa untuk mengajak masyarakat berubah.

"Kita perlu ajak masyarakat supaya muhasabah diri dan tidak mengata orang lain dan mempunyai sifat rahmah.

"Dalam tragedi gempa dan tsunami di Sulawesi baru-baru ini, kita perlu tanamkan sifat rahmah dan tukar pemikiran (mindset) masyarakat.

"Kita terselamat daripada bencana dan perlu mengambil peluang ini untuk membantu mereka yang memerlukan," ujar Ustazah Rahmah.


BIODATA USTAZ

Muhammad Hatta Yunus

Usia: 37 tahun

Jawatan: Pegawai eksekutif Perdaus

Latar pendidikan:

- Rendah ke Pra-Universiti: Madrasah Aljunied Al-Islamiah/ Universiti Islam Madinah

- Diploma Pengurusan Perniagaan MDIS - Universiti Bradford (UK)

- Ijazah Sarjana Muda dalam Bioteknologi MDIS - Universiti Northumbria (UK)


BIODATA USTAZAH

Nama: Rahmah Bahari

Usia: 52 tahun

Jawatan: Koordinator Program Kelas Agama Dewasa Perdaus

Latar pendidikan:

- Rendah/Menengah: Sekolah Rendah Bukit Batok/Madrasah Al-Irsyad/Madrasah Al- Maarif


"Kita perlu buka ruang kepada anggota masyarakat belajar dan mendapatkan penjelasan agama daripada asatizah yang diiktiraf dan juga yang memberi keyakinan kepada mereka. Perbincangan ini tidak terhad untuk diadakan di masjid sahaja. Tanpa mengetepikan fungsi dan peranan masjid, kita harus memenuhi keperluan masyarakat yang masih berasa belum bersedia ke masjid atas pelbagai sebab."
- Ustaz Muhammad Hatta Yunus, pegawai eksekutif Perdaus.

"... Ada segelintir daripada pelajar kami yang bimbang dengan stigma dan penerimaan masyarakat terhadap diri mereka. Kami mahu mereka rasa seronok mempelajari ilmu agama dan mengambil peluang mengubah hidup menjadi lebih positif... Selepas berasa selesa mempelajari ilmu agama menerusi bimbingan kami, contohnya selepas belajar dan mempraktik qiamullail bersama di pusat Perdaus, kami akan mengadakan sesi qiam di masjid pula."
- Ustazah Rahmah Bahari, Koordinator Program Kelas Agama Dewasa (KAD) Perdaus.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map