Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Berapa nak kasi di majlis perkahwinan?

Dec 03, 2023 | 05:30 AM



Kita sudah memasuki bulan Disember – bulan ‘musim kahwin’. Ramai yang mungkin menerima jemputan untuk menghadiri majlis walimah sempena musim cuti akhir tahun.

Saya turut menerima undangan ke majlis perkahwinan saudara saya. Namun, baru-baru ini saya mendapat mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada rakan saya yang bakal hadiri majlis perkahwinan yang sama dengan soalan “Hendak salam berapa?”

Perkara yang dahulunya saya tidak pernah ambil berat kini menjadi persoalan.

Bagi saya, jumlah yang saya ingin berikan selalunya berdasarkan berapa rapat diri saya dengan pasangan mempelai. 

Kadangkala saya suka beri hadiah perkahwinan berbanding duit salam kerana mengenali pasangan mempelai secara dekat dan berasa hadiah itu sangat cocok untuk pasangan yang bakal membina mahligai. Bagi saya, hadiah turut lebih bermakna dan pasangan mempelai akan mengingatnya.

Adakah pilihan ini akan membuat ibu bapa pengantin berasa kekok semasa hendak bersalaman kerana duit salam digantikan dengan hadiah untuk pasangan mempelai?

Namun, perlukah kita meletakkan jumlah minimum berdasarkan lokasi majlis perkahwinan tersebut?

Mentelah, kini lebih ramai yang memilih untuk melakukan majlis di dewan dan hotel kerana suasana yang lebih selesa dan kondusif.

Mungkin terdapat jangkaan untuk memberi duit salam lebih tinggi berbanding majlis di kolong blok kerana keluarga pengantin mengeluarkan kos perbelanjaan yang lebih besar.

Semasa membincangkan hal ini dengan ibu saya, beliau turut berkongsi bahawa beliau mengenali tetamu yang akan membawa dua sampul duit salam yang berbeza. 

Mereka akan hanya tentukan jumlah yang ingin diberikan pada saat-saat akhir selepas menjamu selera di majlis tersebut. Jumlah itu tergantung pada berapa enak makanan yang dihidangkan dan jika mereka dilayan dengan baik. 

Sejujurnya, saya berharap kita tidak akan dipengaruhi dengan adat daripada kaum lain di mana kita perlu menulis nama di sampul sumbangan untuk mengenal pasti berapa yang diberi setiap tetamu.

Si pengantin juga tidak perlu memberitahu tetamu berapakah jumlah minimum yang harus diberi. 

Tidak semua tetamu mampu memberi jumlah yang sama, lantas jangan bebankan tetamu. 

Majlis perkahwinan merupakan acara yang meriah dan gembira, bukan untuk mendapat kecaman daripada tetamu. Biarlah sampul duit salam itu diberi tanpa rasa paksaan.

Saya rasa yang penting adalah seberapa ikhlas individu itu mahu berikan pada setiap majlis.

Budaya Melayu itu indah dan penuh kesantunan. Budaya mengunjungi jemputan perkahwinan merupakan tradisi yang harus diteruskan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >