Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

KES AJARAN SESAT

Bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa ada batasan

Dec 06, 2020 | 05:30 AM



AJARAN sesat adalah isu emosional, dekat dengan jiwa masyarakat.



Justeru, terdapat jangkaan tertentu daripada orang ramai dan apabila jangkaan itu tidak ditepati, pasti akan ada rasa tidak puas hati.



Akur dengan hakikat itu, Anggota Bersekutu Jawatankuasa Fatwa, Ustaz Tarmizi Abdul Wahid, bagaimanapun menggesa masyarakat supaya melihat daripada sudut lebih luas dan memahami bahawa segala yang boleh dilakukan - di dalam bidang kuasa jawatankuasa tersebut - telah pun dilaksana.



Malah, melebihi itu, beliau juga mengajak masyarakat menilai langkah-langkah yang telah diambil dan diperkukuh sejak sekian lama memastikan masyarakat sentiasa disokong dalam perjalanan kerohanian mereka menerusi ajaran agama yang sejati.



"Justeru, kita mungkin dapat lebih meyakini proses yang perlu dijalankan dan sama-samalah kita sebagai masyarakat Islam membantu menjaga satu sama lain," ujar beliau.



Ustaz Tarmizi, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Safinah, berkata demikian dalam rakaman podcast #NoTapis yang membincangkan isu ajaran sesat.



Dalam rakaman yang turut menampilkan peguam, Encik Ahmad Nizam Abbas, podcast tersebut antara lain membincangkan bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis); langkah-langkah yang telah diambil bagi menangani isu ajaran sesat termasuk fatwa berkaitan yang telah dikeluarkan sejak 1969; proses undang-undang yang perlu diambil, termasuk peranan polis dan Pejabat Peguam Negara (AGC) dan apa yang dianggap bukti kukuh dalam kes ajaran sesat.



Perbincangan tersebut diadakan berlatar belakangkan laporan baru-baru ini mengenai seorang individu yang dikatakan mendakwa dirinya Nabi, mempunyai isteri-isteri yang dinikahi secara batin dan membenarkan perjudian bagi membantu Muslim yang miskin.



Muis dalam pada itu telah pun mengeluarkan kenyataan untuk terus mengundang orang ramai yang mempunyai bukti mengenai kes tersebut agar tampil.



#NoTapis adalah podcast terbitan Berita Harian.



Menyentuh bidang kuasa Jawatankuasa Fatwa, Ustaz Tarmizi berkata jawatankuasa itu boleh mengundang individu-individu tertentu untuk memberi penjelasan mengenai dakwaan terhadap mereka.



Memberi contoh ajaran Madrasah Faiz al-Baqarah yang diisytiharkan Jawatankuasa Fatwa sebagai menyelewengkan pada 2010, beliau berkata jawatankuasa itu telah menjemput pemimpinnya untuk mengadakan perbincangan.



"...mantan Mufti (Ustaz Dr Mohamed Fatris Bakaram) nasihatkan. Minta beliau bertaubat, jangan diteruskan. Tapi beliau (pemimpin madrasah) tetap tidak mahu.



"Jadi hakikatnya, kita boleh nasihatkan, tapi kita tidak boleh kawal perbuatannya. Kita harus ingat, kita tinggal di negara sekular, bukan negara Islam di mana kita boleh kawal pergerakan kumpulan-kumpulan yang mengamalkan ajaran-ajaran menyeleweng," ujarnya.



Justeru, huraian terbaik kepada masalah ajaran sesat ini, menurut Ustaz Tarmizi, ialah untuk masyarakat bersikap proaktif dan bijak dalam mempelajari agama, selain saling menjaga anggota keluarga dan sahabat handai daripada terjerumus dalam amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.



Menurutnya, jadikan perbincangan mengenai isu-isu agama satu kebiasan di rumah supaya anak-anak terbuka membincangkan keprihatinan dan keraguan mereka.



"Hakikatnya, kita tidak perlu jaga agama kita. Kerana agama Islam itu sudah sempurna, tidak perlu kita menjaga agama.



"Sebaliknya, kita jaga diri kita, jaga anak-anak kita, jaga isteri, suami kita sebaik mungkin, seberapa kita mampu. Kita tidak akan dipersalahkan oleh tuhan sekiranya kita sudah buat ini semua dan mereka tetap terpengaruh kerana mungkin ada faktor-faktor di luar kuasa kita.



"Tapi kita mesti buat pelaburan masa dan tenaga mendidik keluarga kita. Panggil guru bertauliah datang ke rumah, atau kita masukkan mereka ke kelas-kelas, sekolah-sekolah yang dianjurkan pihak bertauliah," ujarnya. 




AGAMA ISLAM SUDAH SEMPURNA

Hakikatnya, kita tidak perlu jaga agama kita. Kerana agama Islam itu sudah sempurna, tidak perlu kita menjaga agama. Sebaliknya, kita jaga diri kita, jaga anak-anak kita, jaga isteri, suami kita sebaik mungkin, seberapa kita mampu. Kita tidak akan dipersalahkan oleh tuhan sekiranya kita sudah buat ini semua dan mereka tetap terpengaruh kerana mungkin ada faktor-faktor di luar kuasa kita.”

– Ustaz Tarmizi Abdul Wahid, Anggota Bersekutu Jawatankuasa Fatwa 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >