Premium
Gejolak hati seorang pesakit barah buah dada
Amalan buat pemeriksaan buah dada sendiri bantu kesan barah di peringkat awal, jalani pembedahan, kemudian amal gaya hidup sihat
Oct 4, 2021 | 5:30 AM
CIK HAWAMAH BEE ABDUL HAMED: Seperti ibunya dahulu, beliau kini sering menasihati anak-anak perempuannya agar kerap melakukan pemeriksaan sendiri buah dada mereka dan jalani ujian mamogram. Kini, Cik Hawamah turut menjadi sukarelawan bagi kumpulan sokongan barah buah dada di Hospital Besar Changi. - Foto ihsan HAWAMAH BEE ABDUL HAMED -
SEJAK berusia remaja, ibunya yang mempunyai empat anak perempuan, telah menasihatinya dan adik-beradiknya agar membiasakan diri membuat pemeriksaan buah dada sendiri.
Amalan ini diteruskannya dan pada suatu hari beliau mengesan benjolan di buah dadanya yang kemudian didapati sebagai barah buah dada. Beliau melawan penyakit itu di peringkat awal . Ketika itu umurnya 46 tahun.

