Premium
Cegah jenayah perlu bantuan, sokongan pelbagai pihak
Dec 25, 2022 | 5:30 AM
GEMBLENG TENAGA MASYARAKAT: Kempen 'Dadah Itu Haram' adalah salah satu inisiatif memerangi dadah di Singapura yang mendapat sokongan kuat daripada masyarakat Melayu/Islam, kata Dr Faishal. - Foto BM oleh NUR DIYANA TAHA -
KITA sering mendengar pepatah dalam bahasa Inggeris - "It takes a village to raise a child" - yang membawa maksud mendidik seorang anak adalah tanggungjawab sekampung. Dan sebagai seorang bapa dua anak, saya amat bersetuju dengan pepatah ini.
Mencegah kelakuan jenayah dan berulangnya kelakuan jenayah juga memerlukan banyak sokongan dan bantuan daripada pemerintah, badan-badan masyarakat dan orang-orang tersayang yang berganding bahu untuk membimbing bekas pesalah kembali ke pangkal jalan.

