Cereka fantasi suntik kesegaran pada sastera setempat bagi remaja
Premium
Cereka fantasi suntik kesegaran pada sastera setempat bagi remaja
Jun 22, 2020 | 5:30 AM
ZAC RUSHD: PERJANJIAN KEDUA 1819: Janjikan keseronokan buat pembaca dengan penggunaan unsur interteks sejarah, fantasi, dunia kontemporari dan pengembaraan. - Foto NLB -
NOVEL ini memberikan suntikan kesegaran kepada kesusasteraan tempatan untuk peringkat awal remaja. Unsur interteks sejarah, fantasi, dunia kontemporari dan pengembaraan menjanjikan keseronokan buat pembaca yang menikmati karya ini.
Bertitik tolak daripada penjanjian yang dimeterai antara Tengku Hussein dengan Raffles pada 1819, persoalan besar timbul apabila Temenggung berusaha menandatangani satu lagi perjanjian berasingan dengan Residen Pertama Singapura William Farquhar.

