Chun Sing sertai 'berbuka puasa' bersama pekerja asing menerusi Zoom
Premium
Chun Sing sertai 'berbuka puasa' bersama pekerja asing menerusi Zoom
Menteri hargai kerja keras pekerja barisan depan jaga kebersihan kawasan undi GRC Tanjong Pagar
May 3, 2020 | 5:30 AM
'BUKA PUASA' ZOOM: Encik Chan Chun Sing dan Encik Melvin Yong menyertai satu sesi buka puasa bersama beberapa pekerja asing menerusi Zoom pada 1 Mei 2020. - Foto FACEBOOK CHAN CHUN SING -
MAJLIS Bandaran Tanjong Pagar menganjurkan satu sesi buka puasa menerusi sidang video kelmarin bersama pekerja asing yang melakukan tugas pembersihan di kawasan tersebut.
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing, yang juga Anggota Parlimen (AP) GRC Tanjong Pagar, bersama seorang AP kawasan itu, Encik Melvin Yong, menyertai sesi sempena Hari Pekerja itu.

