RAMAI yang teruja apabila membaca laporan mengenai bilangan sijil hak miliki kenderaan (COE) bagi taruhan antara bulan depan dengan Julai ini akan ditambah sebanyak 41 peratus bagi kereta bawah 1,600 cc atau Kategori A dan 37.8 peratus bagi kereta atas 1,600 cc atau Kategori B.
Tambahan COE Kategori A kepada 1,011 setiap bulan dan Kategori B kepada 966 sebulan memang banyak dari segi jumlah di tengah-tengah harga dan permintaan COE yang terus meningkat sejak beberapa taruhan kebelakangan ini.