Premium
Lembaran baru lebih selamat buat Singapura
Kebanyakan perniagaan di sini akan membuka pintu semula kepada pelanggan mulai hari ini, hari pertama fasa kedua kelonggaran kawalan selepas sekitar dua bulan terpaksa berhenti operasi disebabkan langkah ketat akibat Covid-19. Antara perniagaan yang paling teruk terjejas adalah khidmat spa dan kesejahteraan. Pemilik perniagaan ini yang dihubungi BERITA HARIAN berkata mereka ghairah untuk menyambung semula operasi mereka dan membangunkan semula perniagaan yang terjejas akibat pandemik. Malah, ada yang telah menerima tempahan melimpah-ruah bagi hari pertama ini.
Jun 19, 2020 | 5:30 AM
Menteri Sekitaran dan Sumber Air Masagos Zulkifli Masagos Mohamad -
SINGAPURA hari ini membuka lembaran kehidupan serba baru yang selamat walaupun berdepan ancaman Covid-19.
Semalam merupakan hari terakhir setelah 73 hari penduduk menjalani tempoh pemutus rantaian jangkitan yang dikuatkuasakan pemerintah sejak 7 April lalu.

