Jenama seperti Old Chang Kee, Crave Nasi Lemak dan Supercoffee amat dikenali pengguna setempat. Syarikat ini bermula dari bawah tetapi dapat berkembang sehingga mempunyai banyak cawangan serata Singapura atau pun luar negara. Mengembangkan perniagaan amat mencabar bagi sesebuah syarikat yang menghadapi cabaran niaga seperti kos dan tenaga buruh. Di sebalik cabaran itu, bagaimanakah syarikat ini dapat berkembang? NORHAIZA HASHIM (norhaiza@sph.com.sg) melaporkan dalam dua halaman berikutnya.
GENGGAMAN erat tangan bapanya, Allahyarham Hassan Abdul Kadir, beberapa minggu sebelum beliau meninggal dunia masih diingati Encik Abdul Malik Hassan.