Dalam persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Bonn, Jerman, baru-baru ini, Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, mengumumkan Singapura telah menetapkan 2018 sebagai Tahun Tindakan Iklim. Singapura akan melakukan lebih banyak untuk meningkatkan kesedaran mengenai perubahan iklim dalam kalangan rakyatnya dan memberi inspirasi kepada mereka supaya bertindak dan bekerjasama. Rencana daripada laman Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat ini menerangkan apakah iklim dan perubahan iklim, dan punca serta kesan perubahan iklim.

IKLIM sesebuah rantau atau bandar ialah cuaca biasa atau puratanya. Sebagai contoh, iklim Hawaii cerah dan hangat. Tetapi iklim Antartika sejuk. Iklim Bumi ialah purata semua iklim serantau dunia.