Dapat pemahaman lebih baik tentang penyakit mental
Premium
Dapat pemahaman lebih baik tentang penyakit mental
Oct 25, 2021 | 5:30 AM
Dapat pemahaman lebih baik tentang penyakit mental
SEPERTI KURSUS ULANG KAJI: Encik Mohd Firdaus yang sudah berpengalaman dalam bidang perkhidmatan sosial sejak 2012 menganggap kursus ini sebagai kursus ulang kaji tentang gejala kesihatan mental, isu-isu yang berkaitan serta pusat-pusat untuk sokongan kesihatan mental. - Foto ihsan MOHD FIRDAUS MOHIDIN -
SETELAH menjalani modul e-pembelajaran asas Kesedaran Kesihatan Mental dari Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC), beliau menyedari salah seorang klien yang memohon bantuan sosial menunjukkan tanda-tanda kemurungan.
Setelah menyelesaikan modul e-pembelajaran ini serta bengkel susulan selama dua jam, yang antara lain perbincangan berdasarkan kes dan bagaimana menerapkan teknik-teknik komunikasi, Encik Mohd Firdaus Mohidin 36 tahun, Penolong Pengurus (Bantuan Sosial), di Pejabat Perkhidmatan Sosial sekarang mempunyai pemahaman yang lebih baik mengenai pelbagai jenis penyakit mental dan memperoleh kemahiran komunikasi yang berguna yang dapat diterapkan dalam pekerjaannya.

