Topik diikuti
Pergi ke BHkuJagaan lepas bersalin kian berkembang
Jagaan lepas bersalin kian berkembang
Setiap minggu terima tempahan urut tradisional
Jagaan lepas bersalin kian berkembang
MENERUSKAN LEGASI ARWAH NENEK: Semasa mengurut, Cik Nazariah menggunakan minyak spa, param, pilis, tapel, bengkung, minyak telon serta lilin telinga untuk memberikan rawatan lengkap dan memuaskan bagi pelanggannya. Malah, beliau juga memberikan pelanggan pilihan - sama ada untuk mengurut di rumahnya atau kediaman mereka. - Foto BH oleh MARCELLIN LOPEZ -
Dec 16, 2019 | 5:30 AM
Khidmat jagaan peribadi bagi kaum ibu selepas bersalin kian berkembang. BERITA HARIAN menyelongkar jenis perkhidmatan yang disediakan - daripada urut tradisional kepada yoga. Wartawan AYU ARDINI ZULKHAIRIL (ayuardini@sph.com.sg) melaporkan.
WALAUPUN bekerja sepenuh masa sebagai pegawai sumber tenaga manusia di sebuah syarikat, Cik Nazariah Rais berasa sayang hendak berhenti berkhidmat sebagai tukang urut wanita kerana permintaan yang tidak pernah putus.