Premium
Dasar pekerja asing: Pemerintah digesa berhati-hati
Jun 1, 2020 | 5:30 AM
DASAR PEKERJA ASING: Beberapa persatuan perdagangan dan dewan perniagaan telah menggesa agar pemerintah mengambil pendekatan berhati-hati dan secara bertahap terhadap dasar berhubung pekerja asing. - Foto BH oleh LIM YAOHUI -
DI tengah-tengah gesaan daripada beberapa pihak bagi pengurangan dalam jumlah pekerja asing di Singapura, beberapa persatuan perdagangan dan dewan perniagaan telah menggesa agar pemerintah mengambil pendekatan berhati-hati dan secara bertahap terhadap dasar berhubung pekerja asing.
Dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan Rabu lalu, mereka menggariskan bahawa mengurangkan bilangan tenaga kerja asing akan menjejas ekonomi dan pekerjaan Singapura secara ketara, menaikkan kos selain mengurangkan persaingan negara.

