Peluang tawar program Bahasa Melayu di prasekolah terbuka luas
Premium
Peluang tawar program Bahasa Melayu di prasekolah terbuka luas
Dianggar sekitar 18% sahaja prasekolah sepenuh masa tawar pengajaran Bahasa Melayu ketika ini; tempat terhad jadikan ibu bapa saling 'bersaing' demi anak
Sep 28, 2021 | 5:30 AM
JUMLAH tempat yang terhad telah menyebabkan persaingan agak sengit di kalangan ibu bapa Melayu untuk memasukkan anak-anak mereka ke pusat prasekolah sepenuh masa yang menawarkan program Bahasa Melayu - sehingga ada yang terpaksa diletakkan di senarai menunggu setahun lebih awal.
Bagi Cik Nora, (bukan nama sebenar) langkah menyertakan anak tunggalnya, Adib Abdillah, tiga tahun, ke prasekolah yang menawarkan pengajaran Bahasa Ibunda ialah demi memastikan anaknya mampu bertutur dan menguasai Bahasa Melayu dengan baik.

