Topik diikuti
Pergi ke BHkuDyson labur $2.56 bilion buat kereta elektrik 'radikal'
Dyson labur $2.56 bilion buat kereta elektrik 'radikal'
Firma Dyson, sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Britain, mengumumkan baru-baru ini ia akan menghasilkan kereta elektrik di Singapura, di sebuah pusat pengilangan kereta yang baru, yang dijangka siap dibina pada 2020 menjelang pelancaran kereta pertama pada tahun seterusnya.
Dyson labur $2.56 bilion buat kereta elektrik 'radikal'
KELUARAN TERBARU: Sir James Dyson dijangka memberi tumpuan pada perincian teknologi dalam pembuatan kenderaan elektriknya dengan menggunakan bateri jenis 'solid-state' bagi mengurangkan berat kenderaan di samping menawarkan ketumpatan tenaga lebih baik dengan menghasilkan tiga model kereta elektrik. - Foto AFP -
Oct 29, 2018 | 5:30 AM
PENCIPTA dari Britain yang telah menghasilkan pembersih vakum tanpa beg, Sir James Dyson, juga memperkenalkan peralatan kipas angin elektrik tanpa bilah yang mampu menghasilkan angin yang kuat.
Sir Dyson mendapat idea mencipta kipas itu selepas meneliti alat pengering tangan yang menyedut banyak angin di sekitarnya.