Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Wacana
37
0

Gigih belajar pengkomputeran 'dari bawah' dek minat

Feb 26, 2020 | 05:30 AM



Kesungguhan, semangat kental dan keinginan untuk terus berjaya meski berdepan dengan pelbagai cabaran merupakan antara nilai-nilai yang ditonjolkan sesetengah pelajar yang baru mengambil keputusaan peperiksaan GCE peringkat A mereka minggu lalu. Kohort tahun lalu yang menduduki peperiksaan nasional itu mampu meraih kadar kelulusan terbaik iaitu sebanyak 93.4 peratus sejak kurikulum disemak pada 2006. BERITA HARIAN menemu ramah dua pelajar maktab rendah tentang minat dan cabaran yang mereka lalui sepanjang tempoh pengajian selama dua tahun.



MESKI tidak mengambil subjek pengkomputeran di sekolah menengah, minat mendalam Muhammad Asyraf Omar terhadap bidang itu membara semasa di maktab rendah.



Semasa di Maktab Rendah Yishun Innova dulu, Asyraf, kini 18 tahun, yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara (NS) telah mengetuai kumpulannya untuk mengambil bahagian dalam Cabaran Pengkomputeran 'Decodethlon' anjuran Sekolah Sains Komputer dan Kejuruteraan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Anak keempat daripada lima adik-beradik itu yang minat membangunkan permainan atau 'game' selain menghasilkan program komputer, telah menunjukkan kemahiran kumpulannya menggunakan sofwe 'Unity 3D' selain menerapkan elemen 'Leap' yang dapat mengawal pergerakan dalam desain permainan mereka.



Hasil kerja keras itu, kumpulannya, Team Spectrum, telah menerima sebutan khas semasa cabaran itu atas projek permainan yang cemerlang.



Malah seorang daripada pengadil pertandingan itu begitu tertarik dengan idea kumpulannya dan melihat potensi membangunkannya sebagai satu permainan komersil.



Permainan itu yang dipanggil 'Sundown' merupakan satu permainan arked yang memerlukan pengguna memusnahkan musuh.



"Kami juga agak terperanjat dengan peluang pementoran yang ditawarkan. Justeru kami tidak mahu melepaskan peluang dan berusaha dengan gigih untuk memastikan permainan ini menjadi satu realiti," ujarnya.



Pihak sekolah juga, menurut Asyraf, menyokong usaha mereka dengan menawarkan akses kepada pelbagai sumber.



Ini termasuk meminjamkan iPad dan membeli aplikasi 'Procreate' yang digunakan untuk mereka dan menghasilkan antara muka pengguna (user interface).



Dalam pada itu, anggota kumpulannya seramai empat pelajar sanggup mempelajari kemahiran baru yang berkaitan seperti koding dan pemprograman untuk mempertingkat keupayaan permainan tersebut.



'Sundown' kini telah tamat tahap perancangan dan antara muka penggunanya dan kini sedang memperbaiki aspek algoritmanya.



Guru pengkomputerannya, Cik Foo Fang Fang, 29 tahun, juga berkata beliau yakin Asyraf akan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang pengkomputeran ekoran minatnya.



"Asyraf merupakan antara pelajar yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bahasa pemprograman 'phyton', jadi beliau dilatih daripada asas.



"Meski tahun pertama agak mencabar baginya, tetapi kerana minat beliau mampu bangkit semula pada tahun kedua.



"Dan kesungguhan yang beliau paparkan untuk memastikan permainan yang direka dapat dihasilkan secara komersil, memang sesuatu petanda yang baik bahawa Asyraf mampu meraih kecemerlangan di masa hadapan," ujarnya.



Semasa keputusan peperiksaan GCE peringkat A yang dikeluarkan Jumaat lalu, Asyraf meraih gred A untuk subjek pengkomputeran dan Matematik.



Beliau berminat untuk melanjutkan pelajarannya ke Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan Kejuruteraan Komputer.



Kata beliau yang mula tercetus minat dalam pengkomputeran ekoran dorongan abangnya, Muhammad Assyarul Arrifin, 21 tahun, yang kini sedang menuntut dalam bidang Sains Komputer di Universiti Nasional Singapura (NUS), faedah mempelajari pengkomputeran semakin meluas dengan teknologi yang kian canggih sekarang.



"Pelbagai aplikasi hari ini menggunakan fungsi pengkomputeran.



"Lantaran itu, saya yakin pengkomputeran akan dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya bagi saya dan ia tidak hanya terhad dalam bidang teknologi maklumat sahaja tetapi juga daripada bidang perniagaan hinggalah media hiburan," katanya lagi.




"Pelbagai aplikasi hari ini menggunakan fungsi pengkomputeran. Lantaran itu, saya yakin pengkomputeran akan dapat membuka lebih banyak peluang kerjaya bagi saya dan ia tidak hanya terhad dalam bidang teknologi maklumat sahaja tetapi juga daripada bidang perniagaan hinggalah media hiburan."
- Muhammad Asyraf Omar, bekas pelajar Maktab Rendah Yishun Innova yang sedang menjalani Perkhidmatan Negara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >