Hampir 1/3 pesakit kanser kolorektal ada keturunan dari satu generasi ke generasi
Premium
Hampir 1/3 pesakit kanser kolorektal ada keturunan dari satu generasi ke generasi
Pengesanan awal kehadiran polip kolorektal sangat penting dan perlu perhatian serius
Jul 19, 2021 | 5:30 AM
KANSER KOLON: Antara contoh usus manusia yang berpenyakit kanser kolon. - Foto ISTOCKPHOTO -
BIASANYA tidak terdapat sebarang simptom di peringkat awal barah kolorektal, yang boleh melibatkan usus besar (kolon) atau rektum yang merupakan hujung usus besar.
Menurut Pejabat Pendaftar Penyakit Nasional Singapura, lebih separuh daripada pesakit dikesan apabila barah itu sudah mencapai tahap tiga atau empat, yang mengurangkan keberkesanan rawatan dan peluang sembuh.

