Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bawa semangat renungan ke dalam Tahun Baru

Jun 29, 2025 | 5:30 AM
haji, arafah
Nilai sebenar haji terletak pada sejauh mana keseluruhan perjalanan haji itu telah berjaya menjadikan kita insan yang lebih baik seusai pelaksanaannya. - Foto AFP

Pada akhirnya, nilai sebenar haji terletak pada sejauh mana keseluruhan perjalanan haji itu telah berjaya menjadikan kita insan yang lebih baik seusai pelaksanaannya.

Ini boleh tercapai dengan tiga cara:

1) Menjadi anggota masyarakat yang memanfaatkan kesenangan yang ada:

Kita bukanlah masyarakat yang mendambakan kesusahan namun janganlah terlepas pandang dan peluang terhadap keselesaan yang kita miliki sebagai dasar yang boleh memacu kita ke arah peningkatan pada amal dan akhlak.

Ubahlah sikap kita daripada seorang insan yang berasa paling berhak memiliki segala kemudahan kepada insan yang menunaikan setiap hak atas kemudahan yang telah dikurniakan kepada diri kita.

2) Tunaikan hak waktu:

Memanfaatkan kesenangan yang ada boleh tercapai dengan menunaikan hak waktu yang dikurniakan kepada diri kita.

Kita sering merungut bahawa masa berlalu dengan pantas, namun sering juga kita gagal menggunakan waktu yang ada dengan sebaiknya.

3) Letakkan fungsi teknologi pada tempatnya:

Tahun Islam yang baru ini juga menuntut disiplin diri untuk meletakkan fungsi teknologi pada tempatnya.

Kegagalan mengenal pasti teknologi sebagai sekadar alat untuk mencapai matlamat perhambaan akan menjadikan kita hamba yang kekal diperalatkan baik di Arafah mahupun Singapura.

Kesimpulannya, yang mendasari kejayaan kita menjadikan Tahun Baru ini lebih unggul daripada tahun sebelumnya adalah kecekalan kita mengenal pasti dan menempuh setiap cabaran di depan mata kita; tanpa keluh kesah, dengan iltizam memanfaatkan peluang untuk mendekati Tuhan.

Semoga tahun 1447 Hijrah menjadikan kita masyarakat yang lebih bersyukur, lebih menghargai nilai masa, lebih terkawal dengan teknologi dan lebih cekal menghadapi liku kehidupan.

Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg