Ceramah ‘Nak Pahala Macam Haji?’ di Masjid Al-Khair
Jun 7, 2024 | 5:30 AM
Masjid Al-Khair akan menganjurkan ceramah khas, ‘Pahala Macam Haji?: Amalan Yang Digalakkan di 10 Hari Awal Zulhijah’ pada 8 Jun 2024. - Foto MASJID AL-KHAIR
Anda bersedih kerana belum berpeluang menunaikan ibadah haji?
Mengapakah tidak meluangkan masa untuk menghadiri ceramah khas, Pahala Macam Haji?: Amalan Yang Digalakkan di 10 Hari Awal Zulhijah anjuran Masjid Al-Khair pada 8 Jun?
Ceramah yang akan disampaikan oleh Timbalan Mufti, Ustaz Dr Izal Mustafa Kamar, ini akan mengupas amalan soleh yang digalakkan pada 10 hari awal Zulhijah.
Ceramah akan diadakan selepas solat isyak di dewan solat utama Masjid Al-Khair.
Semua Muslimin dan Muslimat dipersilakan hadir.
Laporan berkaitan
Raih manfaat Zulhijah walau tidak berpeluang tunai hajiJun 6, 2024 | 9:15 AM
Pentingnya hubungan keluarga utuh, harmoni dalam IslamMay 30, 2024 | 1:22 AM


