Kita digalakkan melakukan pelbagai amalan soleh pada 10 hari pertama Zulhijah.
Antara amalan yang digalakkan adalah menghadiri majlis ilmu dan membaca Al-Quran.
Alangkah indahnya jika kita dapat beramai-ramai membaca kitab suci Al-Quran bersama.
Atas tujuan ini, Masjid Al-Khair akan menganjurkan majlis Khatam Al-Quran pada 16 Jun mulai 10 pagi.
Majlis akan dipimpin oleh Ustaz Syafi Abdul Latif.
Selepas asar pula, Ustaz Muhammed Faheem Abdul Khalil, akan menyampaikan perkongsian mengenai zikir-zikir pilihan.
Setiap anggota jemaah yang hadir akan mendapat senaskhah buku zikir keluaran Masjid Al-Khair.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg