Jadikan subuh anda lebih bermakna!

Mari mulakan tahun baru ini dengan memeriahkan masjid dan pertingkatkan diri dengan ilmu yang bermanfaat.

Kami memperkenalkan kuliah-kuliah baru sempena tahun baru kali ini.

Kuliah bermula selepas solat subuh di dewan solat utama Masjid Al-Khair di Teck Whye Lane dan akan berlangsung 20 hingga 30 minit.