Masjid An-Nur sedang menjalankan dua daya usaha bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan fakir miskin di dalam dan luar negara menerusi projek infak daging dan ibadat korban di luar negara.
Menerusi Projek Infaq Daging 2024M/1445H, orang ramai boleh menghulurkan derma serendah $10 atau lebih.
Dengan berinfak, masyarakat dapat membantu golongan fakir miskin menerusi pengagihan daging korban kepada fakir miskin dan golongan memerlukan.
Masjid An-Nur menyasarkan matlamat mengumpul dana sebanyak $10,000 bagi menjayakan projek itu. Jumlah terkumpul setakat ini adalah $7,183.20.
Sebarang pertanyaan, hubungi Cik Rozita Hamzah di talian 6363-1383 sambungan 203 atau e-mel ke rozita@annur.sg
Selain itu, Masjid An-Nur turut menawarkan ibadah korban amal di luar negara.
Orang ramai boleh membuat pilihan negara korban mahu dijalankan dengan pelbagai pilihan harga, mengikut negara pilihan.
Daging korban yang diagihkan kepada golongan miskin di negara pilihan seperti Indonesia, Palestin, Makkah (Arab Saudi), Yaman, Syria, Uganda, Kenya dan Rohingya.
Tempahan boleh dibuat melalui pautan https://linktr.ee/annurmosque
Tarikh tutup penyertaan dan tempahan bagi kededua inisiatif ini adalah pada 8 Jun 2024.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg